Hiburan By: Padin September 14, 2021 @ 2:24pm

Lagu Bahagia Eza Edmond Kini Tular Di Indonesia

Single Bahagia nyanyian Eza Edmond telah muncul pada tahun 2017 dan mendapat sambutan yang memberangsangkan.

Sebagai bakat baharu, Eza berjaya meraih lebih 13.1 juta tontonan menerusi muzik video dan video lirik lagu Bahagia di laman YouTube.

Terbaharu, lagu ciptaan sepenuhnya oleh Hazmi Fahim itu kini kembali tular di negara jiran, Indonesia.

Bagi gadis berusia 23 tahun ini, dia sebenarnya tidak menyangka sambutan yang diberikan oleh masyarakat di sana kali ini begitu dahsyat sehinggakan ramai yang meminta kebenaran untuk merakamkan semula lagu tersebut.

“Ini memang sesuatu yang di luar jangkaan. Dulu lagu ini sudah tular di sana selepas dilancarkan berdasarkan komen yang mereka tinggalkan pada muzik video. Ada juga yang memuat naik video sendiri sehingga mendapat jutaan tontonan.

“Kini Bahagia sekali lagi tular di sana. Pelbagai versi sudah dibuat oleh pelbagai pihak dan ia sedikit sebanyak memberikan kelebihan kepada saya yang masih belum dikenali ramai,” katanya merendah diri.

Semuanya bermula apabila lagu tersebut diolah semula oleh beberapa orang deejay (DJ) popular di sana dalam pelbagai versi termasuklah remix dan sebagainya.

Antara deejay yang tertarik dengan lagu berkenaan termasuklah DJ Komang yang sememangnya popular di sana. Muzik versi remix yang diadun mendapat tular di aplikasi TikTok seterusnya menambahkan lagi populariti lagu berkenaan. Malah, versi remix yang dibuat juga dimuat naik ke YouTube dan ditonton lebih 20 juta kali.

Sehingga ke hari ini, sudah lebih 20 syarikat muzik dan lebih 30 penyanyi dari negara seberang meminta kebenaran daripada syarikat rakaman naungannya, Sheikh Qalam Records untuk merakamkan semula lagu berkenaan.

Ada di antara mereka sudah merakamkan semula lagu berkenaan dalam bahasa Jawa dan pelbagai bahasa kaum di sana serta mengeluarkan semula di YouTube. Ada juga yang meminta kebenaran untuk mengubah lagu ini kepada versi lain seperti jazz, dangdut, rock dan akustik.

“Tak tergambar dengar kata-kata apabila lagu ini menjadi sebegitu besar di sana ketika ini. Saya anggap ini rezeki kepada semua yang terlibat dalam pembikinan Bahagia. Mereka bekerja keras dahulu dan hasilnya baru dilihat sekarang.

“Setidaknya dengan sambutan yang diberikan membuatkan saya mahu bekerja lebih keras untuk menempatkan nama dalam industri,” kata anak kelahiran Papar, Sabah ini lagi.

Tambah Eza lagi, dia gembira apabila lagu berkenaan juga dinyanyikan oleh Bulan Sutena, salah seorang penyanyi baru di salah sebuah stesen TV di sana.

Impak daripada persembahan berkenaan, semakin ramai yang mula mencari penyanyi asal walaupun lagu berkenaan ditukar tajuk kepada Setiap Yang Ku Lakukan Untuk Mu di sana.

“Saya mahu berterima kasih kepada Hazmi Fahim yang menciptakan lagu yang indah ini. Kepada semua peminat, terima kasih terus memberikan semangat kepada saya sejak dahulu.

“Insya-Allah ada sesuatu yang besar akan saya lalukan sedikit masa lagi. Apa-apa pun kena tunggu,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 16 Aug 2018

Harap Justin Dan Hailey Tak Jadi Kahwin, Selena Percaya Dia Adalah Jodoh Justin

Selena Gomez sentiasa percaya bahawa dia satu-satunya wanita yang akan berkahwin dengan Justin Bieber.

Trending Thu, 11 Jul 2019
OMG Thu, 12 Jul 2018

Wow! Mak Cun Adventure Curi Perhatian Peminat, Catat 250,000 Muat Turun Dalam Masa Singkat

Mak Cun’s Adventure mula mencipta sejarah tersendiri apabila mendapat 100,000 muat turun dalam hanya tempoh 10 hari sahaja. Wow!

Featured Wed, 23 Nov 2022
Events Wed, 20 Nov 2019

丁当「假戏真做」和王柏森关系真如父女!深情告白连粉丝都流泪

Della丁当、王柏森和陈乃荣为音乐剧《搭错车》提前抵马出席粉丝交流会;活动上丁当对着「父亲」王柏森深情告白,感动得连粉丝都不禁流泪。

Hiburan Tue, 15 Oct 2019