Eat Travel By: tex_admin April 10, 2019 @ 9:55am

‘Lidah Bakar Mulut Senget’ Hotel Tenera bakal menggamit selera anda Ramadan ini

Lidah lembu bakar adalah antara hidangan tradisional dan autentik yang bakal disediakan ketika bufet sepanjang Ramadhan di Hotel Tenera tahun ini.

Ramai  yang mungkin akan geli kerana tidak biasa dengan hidangan berkenaan tetapi di Hotel Tenera, lidah yang bakal disajikan ini telah melalui beberapa proses dan diperap dengan sos istimewa yang dirahsiakan bagi mengekalkan keenakannya.

Foto: Hotel Tenera

Ia juga hidangan yang paling popular  tahun lalu. Oleh sebab itulah, ia dikekalkan sebagai hidangan istimewa untuk bufet Ramadan tahun ini.

Tema bagi tahun ini adalah Sinar Ramadan Buffet 2019 dan dirasmikan oleh Datuk Ab Ghani Mohd Ali, Pengerusi Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad (KPF).

Chef Eksekutif Hotel Tenera, Sahizal Azrul Mat Said berkata, terdapat 200 hidangan yang bakal disediakan di lebih 50 buah gerai yang disediakan.

Foto: Hotel Tenera

“Antara hidangan utama 10 menu yang menjadi tumpuan utama pengunjung sejak tahun lalu ialah Kambing Golek ‘Pesto Caracas,’ Lidah Bakar Mulut Senget, Seafood Goreng ‘Mae Pranom.’ Mee Rebus Tulang Rawan/Gear Box, Roti Periuk Leper, Pulut Kuning Sambal Ibu Saodah, Live Dim Sum Aliff Lalulah, Cendol Sawit, Apam Balik Terangkat dan Warung Kopi Tok Wan serta Kari Kepala Ikan Salmon.

Foto: Hotel tenera

Selain itu, hidangan yang disediakan juga adalah bagi memenuhi cita rasa setiap pelanggan daripada pelbagai lapisan umur.

Bagi warga yang lebih tua, anda mungkin akan memilih kuih-muih tradisional dan gulai kawah yang disediakan. Bagi anak remaja anda, Hotel Tenera menyediakan hidangan Oden yang semakin popular dalam kalangan golongan muda di negara ini. Aiskrim potong juga boleh dinikmati oleh si kecil sekiranya anda membawa mereka bersama-sama ketika berbuka puasa kelak.

Foto: Hotel Tenera

Menu utama ini mendapat sambutan yang cukup menggalakkan sejak tahun lepas. Oleh itu, ia dikekalkan untuk memenuhi permintaan pelanggan.

Bagi hidangan Dim Sum Aliff Lalulah, ia diproses secara langsung menggunakan mesin khas yang digunakan bagi mencarik isi ayam secara halus.

Foto: Hotel tenera

Hasilnya, Dim Sum yang dihasilkan adalah lebih sedap dan mengenyangkan!

Menariknya, semua hidangan akan dimasak secara langsung di hadapan pelanggan bagi memastikan keaslian rasa dan untuk mengelakkan pembaziran yang kerap berlaku sewaktu ramadan.

Foto: Hotel Tenera

Meskipun ramadan adalah bulan yang sering dikaitkan dengan bulan beribadat tetapi tidak dinafikan hidangan yang enak pasti diinginkan setelah seharian menahan lapar dan dahaga.

Hotel yang terletak di Bangi ini mengadakan promosi bagi pelanggan yang membuat tempahan awal iaitu potongan sebanyak sebanyak 30 peratus atau RM68 dari harga asal iaitu RM98 dan berlanjutan sehingga 30 April 2019. Setelah itu, harga akan bertukar normal.

Pengunjung boleh mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai promosi bufet Ramadan melalui laman sosial media @tenerahotel dan membuat tempahan terus melalui aplikasi Whatsapp +6019 385 4796 untuk membuat tempahan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Wed, 29 Apr 2020

Cencaru bakar tempoyak ratu Ketuk-ketuk Ramadan undang perut berkeroncong!

Lauk mudah disediakan, sedapnya tahap angkat ibu jari

Eat Travel Thu, 27 Sep 2018

Resepi Sup ‘Antibiotik’ Untuk Ganti Ubat Demam & Selesema

Pasti anak anda berselera walaupun tak sihat!

Acara Fri, 11 Oct 2019

Pizza Hut Malaysia aktifkan piza gunung berapi untuk sambutan akhir tahun!

Black Volcano Pizza, piza pertama yang menggunakan adunan doh bersama arang

Eat Travel Thu, 9 Jan 2020

Sambal, antara khasiat dan selera!

Sambal pancing nikmat makan!

Eat Travel Sat, 14 Mar 2020
Eat Travel Wed, 3 Oct 2018

5 Lokasi Pulau Cantik Di Johor Yang Wajib Anda Pergi

Bagi anda yang tengah merancang nak berbulan madu, bolehlah pilih lokasi pulau ini.

Eat Travel Mon, 20 Apr 2020
Eat Travel Tue, 20 Nov 2018
Eat Travel Fri, 12 Jun 2020

Chalet atas air sediakan pengalaman berbeza

Tidur seperti dibuai ombak