Selepas dikecam netizen kerana mengeluarkan kenyataan mengenai isu pelitup muka ‘hauk’, kini pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie sekali lagi terpalit isu kontroversi melibatkan kualiti pelitup muka dibawah jenamanya, Jovian Mask.
Ia hangat diperkatakan selepas video live Jovian bersama duta produk, Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil mempromosikan pelitup muka tersebut.
Namun, secara terang-terangan tali pelitup muka berkenaan putus ketika Siti mahu memakainya sebelum tercampak ke lantai.
Bukan itu sahaja, dalam hantaran yang sama pelitup muka tersebut sekali lagi terputus apabila Jovian dilihat cuba merenggangkan pelitup muka berkenaan sebelum diberikan kepada Siti.
Jovian mask ni takde lah bagus sangat walaupun ade sirim
Quality macam timbang kilo jugak ke? Macam just rebrand je mask tu pic.twitter.com/rYsdVpdoAE
— Salem The Cat ᓚᘏᗢ (@SalemTheCats) April 10, 2022
Justeru itu, ramai yang mendakwa bahawa pelitup muka jenama Jovian sebenarnya ‘hauk’ dan tidak berkualiti apatah lagi pengguna sering berdepan masalah seperti harga mahal, tali pelitup muka mudah putus dan berbulu.
Hauk betul mask kau bang.
Tapi takpe la. Yang penting ada SIRIM ye tak. pic.twitter.com/OpoJnX5LZC
— Amran Fans (@_AmranFans) April 10, 2022
Kena lagi 3 hari lepas. Masuk ni dah 5 keping mask Jovian yg putus tali. Selama ni bertahan sbb mask ni mmg elok anti jerawat. Skrg dah jumpa pengganti lain, bye bye la pic.twitter.com/ddNaJyphP8
— ainsakinah (@ainsakinahzf) April 11, 2022
Mahal tapi cepat putus?????? pic.twitter.com/przj9TEBo4
— Zahraa (@Zukurinkachi) April 10, 2022
Ni kira cop sirim ni “ pakai cepat buanglah eh ?” Ingatkan pakai buang je rupanya tambah satu perkataan lg
“ mask cepat pakai buang “— yana usop (@usop_yana) April 10, 2022
Tu bukan sebab tangan gagah sangat, tapi jovian mask tu yang hauk 😆😆 https://t.co/sI2Py7g5aA
— Ezzame88 (@ezzame88) April 10, 2022