Eat Travel By: Ad Ops December 24, 2019 @ 5:37pm

Medan selera Kompleks PKNS Shah Alam kini berwajah baharu!

Bagi anda yang tinggal di Selangor, khususnya Shah Alam, pasti anda tahu mahupun pernah mengunjungi Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Shah Alam.

Pusat beli-belah yang terletak berhampiran Taman Tasik Shah Alam ini sudah beroperasi selama 45 tahun. Mustahil jika ada yang tidak mengenali kompleks ini?

Pada tahun ini, pihak pengurusan Kompleks PKNS Shah Alam melaksanakan beberapa usaha untuk menambah baik rupa bangunan ini serta kemudahan yang disediakan.

Selain menaiktaraf tandas (yang kini dilengkapi dengan pendingin hawa) dan surau (yang kini lebih luas), mereka tidak lupa untuk memberi nafas baharu kepada medan seleranya.

Pengunjung boleh bersolat di Musolla Al Kauthar. Sumber: Kompleks PKNS

Makan@Bumbung yang terletak di tingkat empat menjadi pilihan ramai sejak bertahun dahulu kerana ia menyediakan seleksi juadah yang sedap semuanya dan murah, malah sebagai penghargaan kepada pengunjung, pihak pengurusan menaiktaraf kemudahan yang disediakan demi keselesaan pengunjung.

“Kami sedar bahawa ini adalah satu inisiatif yang perlu kami titikberatkan demi masa hadapan Kompleks PKNS,” kata Ketua pegawai eksekutif PKNS Real Estate Sdn Bhd, Fakru Radzi Ab Ghani.

“Lagipun, ini adalah sebuah usaha bagi memastikan Kompleks PKNS yang sudah berumur 45 tahun kekal relevan, bukan sahaja dalam kalangan orang Shah Alam, malah orang luar juga.”

Anda tengoklah sendiri! Dahulu keadaan di Makan@Bumbung sedikit daif dan serba kekurangan, tetapi kini ia tampak lebih moden, ranggi dan canggih! Memang ‘Insta-worthy’.

Gaya dekorasi yang dipilih ialah gabungan konsep minimalis dengan industrial yang diharap akan menarik minat anak-anak muda bukan sahaja dari sekitar Shah Alam, malah dari seluruh Malaysia.

Jadi jika anda ingin menjamu selera, meluangkan masa lapang atau bertemujaji  dengan insan istimewa, bolehlah datang ke Makan@Bumbung. Ia terletak di tingkat empat Kompleks PKNS Shah Alam dan dibuka setiap hari daripada 7 pagi hingga 6 petang.

 

Jom lepak makan! Sumber: Kompleks PKNS

Jom makan!

Walaupun imejnya diberi nafas baharu, Makan@Bumbung tetap mengutamakan hidangan yang ditawarkan. Antara juadah yang ada termasuklah Nasi Ayam Kunyit Tok Deng, tom yam Abe Power, mi sizzling, serta nasi campur.

“Sebenarnya, di medan selera ini kami berharap untuk beri lebih banyak peluang bagi peniaga-peniaga baharu,” kata Fakru Radzi.

“Setakat ini kami ada 10 unit kedai. Selepas ini, kami ingin mulakan konsep kedai berupa kiosk di mana peniaga boleh menjual burger atau pau, misalnya.

“Ruang legar di sini memang luas, jadi kami sedang lihat jika ada minat daripada golongan peniaga.”

Pelbagai juadah disediakan. Sumber: Facebook Kompleks PKNS

Dan memandangkan ada banyak ruang lagi, tingkat empat bangunan ini juga dijangka akan menjadi tapak bagi sebuah gelanggang futsal dan taman rekreasi.

“Tujuannya ialah supaya Makan@Bumbung boleh beroperasi hingga ke lewat malam. Jika ada sambutan, kami ingin bukakan lebih banyak gelanggang kerana ruangnya memang ada.”

Tahukah anda? Bangunan Kompleks PKNS ialah bangunan terpanjang di Asia Tenggara pada 1986! Bumbungnya ialah sepanjang 300 meter. Patutlah luas!

Sementara itu, hiburan juga ialah elemen penting bagi memeriahkan suasana di sini. Jika terdapat permintaan atau sambutan baik daripada orang ramai, ada kemungkinan platform untuk busking akan ditawarkan setiap hujung minggu.

Bagaimana hendak ke Makan@Bumbung?

Kompleks PKNS Shah Alam terletak di Persiaran Tasik, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor. Untuk ke Makan@Bumbung yang berada di tingkat empat, gunakan lif yang berdekatan dengan cawangan McDonald’s atau KFC.

Apabila ke Shah Alam, jangan lupa singgah komplek PKNS ini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Fri, 1 Jun 2018

Chicken Cheese Ball Yang Rangup Ini Memang Sedap Dimakan, Ini Cara Nak Membuatnya!

Chicken Cheese Ball ini pelengkap waktu berbuka puasa anda.

Eat Travel Wed, 1 Aug 2018

Homemade Pizza Ini Memang Lazat Habis!

Pizza hasil air tangan anda sendiri lebih puas di makan!

Eat Travel Tue, 12 Mar 2019

Jangan percaya pada label! Ketahui 5 taktik penipuan syarikat makanan

Pengguna wajib membaca label, ini sebabnya.

Eat Travel Thu, 8 Nov 2018

Inilah Resipi Ais Krim Biskut Oreo Macam McFlurry McDonald’s

Kalau anda rasa harga di McDonald’s mahal, jom buat sendiri.

Eat Travel Fri, 18 May 2018
Eat Travel Sun, 30 Sep 2018

Nak Cuba Buat Roti Gandum Sendiri? Ini Resipinya

Tak perlu pakai mesin breadmaker pun.

Eat Travel Wed, 5 Feb 2020
Eat Travel Thu, 28 Jun 2018

Baked Cheese Macaroni Ini Memang Sedap, Jom Belajar Masak Sendiri

Jom hidangkan menu Baked Cheese Macaroni ini untuk majlis rumah terbuka anda.

Eat Travel Wed, 16 Jan 2019

Hedwig Books & Kafe, bawa anda merentasi dunia Harry Porter sambil makan

Bertepatan namanya, kafe ini menerapkan aktiviti pembelajaran menerusi kemudahan yang disediakan. 

Eat Travel Fri, 9 Feb 2024