familuv By: Ad Ops July 17, 2019 @ 12:42pm

Meghan Markle dikata tak pandai pegang bayi, apa pula pendapat pakar?

Baru-baru ini, Meghan Markle menghadiri perlawanan polo di Surrey, England bersama bayi lelakinya Archie, 2 bulan.

Malangnya, isteri kepada Putera Harry dari Britain ini dikritik oleh Netizen kerana cara beliau menggendong anaknya yang dikatakan salah.

Sebaik sahaja melihat gambar Meghan memegang Archie, pengguna Twitter terus menyerang ibu baharu itu. Mereka mendakwa bahawa beliau tidak mempunyai perwatakan seorang ibu dan perlu mengambil kelas memegang bayi.

Apa pendapat anda? Betulkah apa yang dikatakan oleh warganet ini? Salahkah cara Meghan?

Menurut bidan bertauliah dari Manhattan, Risa Klein, cara Meghan memegang bayinya adalah salah berdasarkan apa yang dilihat daripada satu gambar ini.

Mungkin ia menggambarkan Meghan dalam situasi yang kekok dan mungkin ada banyak lagi gambar yang mana Meghan memegang Archie dengan cara yang betul dan selamat.

Tetapi di dalam gambar ini, Meghan nampaknya tidak menyokong kepala dan leher Archie dengan betul. Kesilapan ini menyebabkan kepala Archie tidak stabil dan boleh jatuh ke belakang.

Foto: The Sun

 

Risa berkata, kedudukan berkenaan berisiko dan boleh menyebabkan Archie mengalami kecederaan leher atau tulang belakang.

Katanya, leher bayi mengambil masa untuk menjadi kuat, justeru apabila seseorang itu memegang bayi, dia perlu selalu menampung kepalanya.

“Bayi selalunya akan mula menampung kepalanya sendiri apabila mereka mencecah umur empat bulan. Sebelum itu, kita perlu membantu untuk menampung kepalanya.

“Ini lebih kepada isu keselamatan. Orang ramai tidak patut mengutuk Meghan, tetapi semua orang perlu tahu mengapa kepala bayi perlu disokong,” katanya.

Cara betul untuk memegang bayi

Untuk memastikan keselamatan bayi, seseorang ibu atau bapa perlu meletakkan tapak tangan kiri mereka pada pangkal tengkorak bayi berkenaan.

Ibu jari dan jari telunjuk perlu diletakkan pada posisi di kedua-dua belah leher bayi itu bagi memberikan sokongan yang diperlukan si kecil.

Foto: wikihow.mom

Jika seseorang ibu itu sedang menyusu anaknya, dia boleh menampung kepala anaknya di ceruk siku kirinya, manakala lengannya menampung bahagian belakang bayi.

Kemudian, letakkan tangan kirinya pada bahagian punggung bayinya supaya lebih stabil. Tangan kanannya pula bebas untuk membuat apa sahaja.

Foto: wikihow.mom

Selain itu, Risa mengesyorkan ibu-ibu yang sering bergerak untuk menggunakan kain penggendong bayi (baby sling) bagi memegang bayi mereka dekat pada badan.

Cara ini membenarkan kedua-dua belah tangan si ibu untuk membuat kerja sementara menyokong kepala dan tengkuk bayi.

Jika anda masih lagi tidak pasti mengenai cara yang betul, Risa mencadangkan anda meminta seseorang pakar untuk mengajar ataupun mengambil kelas.

Tidak kiralah bagaimana anda belajar, Risa berkata ini adalah kemahiran penting bagi ibu bapa.

Hakikatnya, ibu baharu seperti Meghan tidak perlu berasa malu untuk belajar.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Tue, 18 Dec 2018

5 Kebaikan Membaca Buku Untuk Anak Sebelum Tidur

Pastikan anda membeli buku-buku cerita yang menarik ya!

familuv Fri, 30 Dec 2022

Muat Naik Video Bermain, Ramai Geram Lihat Bilal Anak Neelofa – “Masya-Allah, Tangan Ke Roti Tu?”

Selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa memuat naik perkongsian di laman Instagramnya yang menunjukkan anaknya, Muhammad Bilal sedang bermain. Menerusi hantaran tersebut, Bilal yang duduk bersila sedang bermain bola kecil dan bersemangat memasukkan bola tersebut di […]

familuv Tue, 18 Feb 2020
familuv Mon, 19 Nov 2018
familuv Mon, 15 Jul 2019

5 langkah didik anak untuk berhijab

Mula dari kecil atau tunggu besar sedikit?

familuv Mon, 30 Jul 2018

10 Kebaikan Membedung Bayi Yang Anda Tidak Tahu

Bayi yang dibedung lebih lena tidur berbanding bayi yang tidak dibedung.

familuv Thu, 18 Jul 2019

Nak ajar anak makan makanan berkhasiat? Jangan guna perkataan ‘sihat’

Jika anak anda memilih makanan, mungkin anda patut cuba.

familuv Fri, 4 Jan 2019

Ketahui Keperluan Kalori Yang Diperlukan Bayi Anda

Ibu bapa juga perlu tahu tanda-tanda kekenyangan dan kelaparan bayi anda.

familuv Thu, 13 Dec 2018
familuv Fri, 6 Mar 2020

Jangan terus tuduh, ini cara betul tanya anak

Pastikan ayat yang digunakan betul