Hiburan By: SGMS Faida October 28, 2019 @ 12:00pm

#MentorMilenia2019: Sharee Lopes ‘Mengganas’ Di Minggu Pertama

Konsert Mentor Milenia 2019 minggu pertama telah berlangsung meriah dengan persembahan 10 peserta, malam tadi.

Persembahan malam tadi juga menyaksikan satu-satunya peserta berhijab, Sharee Lopes mempamerkan persembahan terbaik sekaligus menduduki tempat pertama dalam carta pada penghujung program.

Membawakan lagu nyanyian asal Judika, Bukan Dia Tapi Aku, peserta dari Sabah ini turut mendapat pujian daripada juri tetapi, Altimet.

“Awak nampak nervous tetapi antara persembahan terbaik yang saya nampak malam ini,” katanya.

Sembilan lagi protege yang membuat persembahan pada malam tadi antaranya;

Ryan Que – Kembali Terjalin
Yazrul Arrep – Seribu Tahun
Bulan – Amalina
Arayn Malik – Zalikha
Rika Riana – Sakit
Addan (Protege Pilihan) – Jahat
Daus Husny – Kau Bunga Cintaku
Aedy Kama – Sambutlah Kasih
Apex Tajudin – Selamanya
Remy Manaf – Kau Sakiti

Sementara itu, konsert turut diserikan dengan juara Mentor Milenia 2017, Usop dengan single pertamanya, Aku Yang Bersalah.

Mentor Milenia dibawa khas oleh penaja utama KFC dan penaja bersama, OPPO A9 2020.

Pihak juri pada musim terbaharu ini ialah Altimet dan Datuk Syafinaz.

Pemarkahan para protege pada musim ini dibahagi kepada dua iaitu markah persembahan 60% dari pihak juri dan 40% undian awam.

Undian boleh dibuat menerusi laman sesawang https://www.xtra.com.my/mentormilenia.

Mentor Milenia 2019 bersiaran setiap hari Ahad, pukul 9.00 – 11.30 malam selama 10 episod yang dihoskan oleh Shuk Sahar, Elly Mazlein dan Zetty HotFM.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 15 May 2018

Melania Trump Masuk Hospital

Melania, 48, menjalani prosedur embolisasi untuk membuang ketumbuhan dan akan dirawat di hospital selama seminggu.

Hiburan Thu, 16 May 2019

Aliff Aziz Mohon Ruang

Bella Astilah mengumumkan mahu mengundurkan diri dari hidup Aliff

Hiburan Tue, 29 Oct 2019
Featured Tue, 8 Nov 2022

“Slow Sikit” – Ratu Farah Nyanyi Lagu Ku Bersuara Ernie Zakri, Ini Respons Syamel

Pempengaruh Tik Tok, Ratu Farah kembali mencuri perhatian netizen kerana menyampaikan lagu Ku Bersuara nyanyian asal Ernie Zakri disamping penyanyi Syamel. Ratu dengan yakin menyanyikan lagu itu seolah-olah cuba menandingi kelunakan suara Ernie Zakri tanpa menghiraukan […]

Hiburan Mon, 29 Oct 2018

Klon Allahyarham A. Ramlie Janji Teruskan Perjuangkan Pop Yeh Yeh

Sekitar tahun 2006 hingga 2009, A. Rozainie pernah menghasilkan album pertama di Singapura. Selepas itu saya pulang ke Malaysia dan menghasilkan album Fatimah Pujaanku.