Featured By: Atiqah Johari March 10, 2023 @ 3:58pm

‘Microsleep’ Ketika Memandu, Mek Zura Kemalangan Semasa Pulang Kerja – “Sedar-Sedar Dah Terlanggar Pokok”

Penyampai radio Molek FM, Mek Zura dilaporkan terlibat dalam sebuah kemalangan sewaktu pulang ke rumah dari tempat kerja.

Berita tersebut dikongsi Mek Zura sendiri menerusi akaun Instagram miliknya dan memaklumkan bahawa punca kemalangan adalah disebabkan ‘Microsleep’

“Saya dah rasa kurang sihat sejak datang kerja jam 5 pagi hari itu, tetapi saya masih memaksa diri untuk datang kerja. Untuk dijadikan cerita, setelah selesai menjalankan kerja harian saya, saya terus pulang kerana waktu itu apa yang saya fikir hanyalah nak berehat.

“Perjalanan dari Sri Pentas ke rumah saya, Bagan Lalang agak jauh di mana mengambil masa hampir 1 setengah jam jadi saya sentiasa sediakan makanan seperti keropok, gula-gula dan minuman untuk hilangkan rasa ngantuk.

“Tapi, hari itu saya berpuasa jadi apa yang saya boleh buat untuk hilangkan rasa ngantuk hanya dengan tepuk pipi untuk rasa lebih segar namun tak berjaya. Sewaktu perjalanan pulang, saya memandu dengan keadaan yang berbahaya di mana saya ke kiri dan kanan tanpa sedar.

“Setibanya di guard house saya amat bersyukur kerana sikit sahaja lagi nak sampai rumah tetapi dengan tak sedar tiba-tiba kereta saya dah melanggar pokok besar berhampiran rumah saya,” jelas Mek Zura.

Namun begitu, Mek Zura kini dalam keadaan selamat dan tidak mempunyai sebarang kecederaan yang serius serta bersyukur masih diberi peluang untuk menjalani kehidupan seperti biasa.

Susulan itu, dia menasihati kepada para pendengar untuk sentiasa berhati-hati ketika memandu dan jangan memaksa diri jika terlalu penat.

“Kepada pendengar dan yang memandu kenderaan tidak kira kereta, motor atau basikal sekalipun untuk sentiasa berhati-hati. Sekiranya terlalu mengantuk jangan paksa diri untuk teruskan memandu kerana badan kita perlukan rehat yang secukupnya.

“Walaupun diri kita rasa masih boleh bertahan tetapi otak kita dah tak kuat. Bukan kepada diri kita sahaja malah orang lain juga akan terkena padahnya,” pesannya.

Tambahnya, pemakaian tali pinggang keledar wajib dipakai walau pergi ke mana sahaja selain dapat mengurangkan kecederaan jika berlaku kemalangan.

Dalam pada itu, Nik Nor Azura, Ketua Rangkaian Kandungan Molek FM turut terkejut apabila menerima berita kemalangan ini namun berasa syukur kerana keadaan Mek Zura selamat dan tidak serius.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Mon, 8 Apr 2019

P&G and Shopee are Swaying Away Bad Hair Day for Everyone!

Save the date and grab your bottle of shampoo for that gorgeous and healthy looking hair before they run out of stock! 

Hiburan Mon, 12 Feb 2018

IMPAK JAMPI SANGAT BESAR – AZMEER

Azmeer memberitahu perbezaan markah antara tempat pertama dan kedua tidak begitu jauh namun tidak boleh mendedahkan angka tepat…

Hiburan Wed, 22 Sep 2021

Bersalin Seminggu Awal, Ayda Jebat Selamat Lahirkan Baby Girl

Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat selamat menimang cahaya mata perempuan secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada jam 7.07 malam semalam. Suami Ayda, pengacara Nabil Mahir memaklumkan berita gembira itu kepada Harian […]

Featured Thu, 21 Sep 2023
Hiburan Thu, 22 Feb 2018

FAZURA RAHSIA LOKASI RESEPSI KHAS 11 MAC

Pada hari yang boleh dilabelkan sebagai  wedding of the year bagi permulaan tahun 2018 ini, mereka berdua dikatakan tidak mahu menerima sebarang tajaan.

Hiburan Wed, 4 Apr 2018

These 10 Celebrities and Their Cats Will Make You Wish You were Their Pet

Did you even know that some of these celebrities love kitty cats this much?

Featured Mon, 27 May 2019

5 sebab gincu matte terus diminati pada tahun 2019

The Matte Love tonjol bibir lebih mungil