Featured By: Salma Syahbuddin September 15, 2023 @ 4:30pm

Minta ‘Acah’ Solat Demi Content? Mondy Tattoo Timbulkan Dakwaan Mengenai Ebit Lew – “Dia Usap Tangan Saya Sebelum…”

Sejak kebelakangan ini, tular semula isu mengenai wanita bertatu bernama Mondy yang pernah dibantu oleh pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew.

Terbaru, menerusi perkongsian penyanyi rap, Caprice di Instagram, Mondy menimbulkan dakwaan mengenai sisi jahat Ebit apabila memaklumkan video solat dan mengaji yang tular sebelum ini adalah sekadar rekaan demi content pendakwah berkenaan.

“Aku mahu membela diri aku bahawasanya kamu semua tak tahu apa yang saya alaminya.

“Yang kamu tahu dia baik, belikan saya itu ini kasi duit tapi kamu tidak tahu betapa jahatnya dia, kotornya dia seperti apa?

“Sepanjang 2 bulan itu aku rasa mahu pulang tapi dia (Ebit Lew) kata jangan,”katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

 

Mengaku tangan dipegang Ebit

Menerusi hantaran yang berlainan pula, Mondy memaklumkan, Ebit sering mengusap tangannya setiap kali duduk bersebelahan.

Bahkan, gara-gara tidak mahu diketahui umum, Ebit didakwa meletakkan beg dihadapan mereka agar aksi tersebut tidak dapat dilihat.

“Dia usap seperti ini, bila hampir ketahuan dia tutup dengan beg.

“Malah, saya diminta untuk berpura-pura solat untuk dirakam dan disiarkan. Macam itulah maksudnya, tapi baik buruk aku tidak di rakam,” dakwanya lagi.

Dalam pada itu, Mondy bagaimanapun berterima kasih terhadap bantuan yang telah diberikan termasuklah segala ‘perbuatan’ jijik Ebit kepadanya.

“Saya berterima kasih terhadap seluruh kebaikannya dan terima kasih juga di atas sesuatu yang sudah ustaz lakukan kepada saya.

“Satu hari nanti, ini bukan fitnah, bukan cakap kosong tapi pasti segalanya akan terbukti.

“Jangan main api jika tidak mahu terkena apinya,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

 

Terdahulu, tindakan Ebit Lew membantu Mondy mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan warganet dek kerana pendakwah itu pernah terpalit dengan beberapa isu melibatkan gangguan seksual sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN:”Anda Sentuh Keluarga Saya, Sekarang Kau Menyesal!” – Orang Kanan Ebit Lew Ucap Selamat Tinggal, Caprice Mohon Ajak ‘Bodyguard’ Lain Bersemuka

ARTIKEL BERKAITAN:Minta Tak Sibuk Urusannya, Wanita Bertatu Dibantu Ebit Lew Kembali Buka Tudung?

ARTIKEL BERKAITAN:Isu Ebit Lew Bantu Mondy Dipertikai Ramai, Naim Daniel Respons – “Caprice Was Right”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 5 Apr 2018

Ogy Ahmad Daud Kini Mangsa Serangan Netizen?

Tambah Ogy lagi, dia begitu sensitif terhadap isu ini kerana ianya turut mengaitkan nama ibu bapa mereka iaitu pelakon era 1950-an, Datuk Ahmad Daud dan Datin Saadiah

Trending Sat, 13 Oct 2018

桌上别放咖啡杯!这「9项物品」降低工作效率

你的办公桌是否堆满了杂物,想要好好移动滑鼠都很难?

Featured Mon, 9 Jan 2023
Hiburan Wed, 2 Aug 2023
Trending Wed, 28 Jul 2021
Featured Fri, 12 May 2023

Syafiq Kyle Tolak Tajaan Kahwin Bersebab -“Bukan Tak Sudi Tapi Saya lebih Selektif”

Awww… nak kahwin dah pasangan sama cantik, sama padan ni🥰🥰🥰

Trending Wed, 2 Sep 2020
Trending Tue, 2 Feb 2021