Trending By: Padin August 16, 2021 @ 6:20pm

Monoloque & Kimal Beri Nafas Baharu Lagu Legenda

Legenda, seperti tajuknya, merupakan sebuah lagu malar segar nyanyian Datuk Sheila Majid yang dicipta oleh Fauzi Marzuki, Jenny Chin, dan Habsah Hassan.

Lagu ini pada asalnya merupakan lagu penghargaan kepada lagenda permata seni yang tiada galang gantinya, Tan Sri P.Ramlee.

Bagi meneruskan lagi legasi Legenda di abad ke 21 kini, lagu keramat ini telah dipilih untuk dipercambahkan dengan irama Gamelan Melayu di dalam sebuah album Gamelan Melayu berkembar yang bertajuk Lagu Perang (Bunyian Gamelan Melayu di Abad ke 21).

Paduan bunyian kumpulan monoloQue bersama Orkes Gamelan Pahang DiRaja diadun bersama vokal Kimal daripada kumpulan Margasatwa, lagu tersebut secara tidak langsung telah mencipta warna dan keunikkannya yang tersendiri.

Sungguhpun Legenda telah digubah 180 darjah oleh LoQue dengan unsur muzik baharu, namun saripati jiwa lagu tersebut, yakni irama asal, masih dikekalkan.

“Bukan tujuan kami untuk bersaing dengan versi asal Legenda daripada Datuk Sheila Majid. Lagu Legenda versi asal semestinya tiada tandingannya. Saya cuma menyuntik unsur-unsur terkini dan mengubah mengikut citarasa kami seolah-olah lagu ini adalah lagu kami sendiri.

“Diharap versi kami ini akan menjadi petunjuk arah kepada versi asal di samping menjadi rujukan masa hadapan terhadap evolusi bunyian Gamelan Melayu,” kata LoQue.

Menurut LoQue, lagu ini adalah belasungkawa tahap tertinggi kepada para legenda, baik yang dikenang dan yang tidak didendang sepanjang zaman.

Memberikan alunan baru kepada Legenda untuk dimuatkan di dalam album berkembar Gamelan Melayu adalah buah fikiran Datuk Farid Abdul Jalal, Pengarah Perbadanan Muzium Negeri Pahang yang juga Penerbit Eksekutif album berkembar, Lagu Perang (Bunyian Gamelan Melayu di Abad ke 21).

‘Legenda’ yang dimuatkan dalam album berkembar terbaru monoloQue mempunyai 2 versi, yakni versi Piring Hitam(Vinyl) dan versi Cakera Padat(Deluxe). Legenda versi piring hitam yang dihasilkan pada tahun 2018 merupakan persembahan monoloQue yang dinyanyikan secara solo oleh LoQue.

Manakala Legenda versi cakera padat(deluxe) merupakan kerjasama kreatif LoQue dan Kimal Margasatwa. Versi cakera padat(deluxe) telah siap dihasilkan pada tahun 2020.

Menurut Kimal pula, cabaran sewaktu mencipta Legenda versi baharu adalah untuk menarik minat masyarakat yang telah sebati dengan lagu Legenda versi Sheila Majid.

“Sebuah lagu malar segar yang berada di aras tinggi dalam industri bukanlah mudah untuk diperbaharui. Untuk membuat para pendengar menerima, apatah lagi. Namun begitu, cabaran ini tidak menghalang saya membuat yang terbaik.

“Di dalam versi piring hitam, LoQue telah menggunakan irama melodi vokal asal. Namun begitu, untuk versi bersama bersama saya, saya menyuntik lebih kepekatan lenggok Melayu lalu menjadikan lagu ini berbeza dari versi sebelumnya. Kedengaran asing tetapi dekat di hati,” katanya.

Legenda telah dirakam di Tunes Studios and Kilang Menjahit Bunyi di bawah pengelolaan LoQue and jurutera bunyi Hafiz Ahmad dan Aiyad Sakti. Rakaman vokal, penambahbaikkan Kimal, dan adunan terakhir telah dilakukan di Makmal Kampung Batu.

Dengarkan Legenda di laman digital Spotify, Apple Music, Deezer dan Tidal.

Legenda juga boleh didengarkan di dalam album Lagu Perang (Bunyian Gamelan Melayu di Abad ke 21) versi piring hitam dan cakera padat (deluxe).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 29 Nov 2018
Trending Sat, 4 Jan 2020

Bom Mortar Lama Ditemui Di Kebun Serting Hilir 2

Sebutir bom mortar lama jenis 81 milimeter, ditemui di kawasan kebun Serting Hilir 2, Jempol, semalam. Pemangku Ketua Polis Daerah Jempol DSP Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata bom itu dijumpai oleh orang awam yang sedang […]

Hiburan Wed, 8 Jun 2022

“Watak Cacat Pun Nak Pelakon Yang Elok” – Michael Ang Terpaksa Akur Dengan Selera Penonton

Pengarah popular, Michael Ang terpaksa ikut selera peminat dalam pemilihan pelakon.

Hiburan Mon, 19 Feb 2024

“Penakut!” – Keselamatan Keluarga Terancam, Zed Zaidi Terima Ugutan Suruh Letak Jawatan! Seru Pelaku Tampil Bersemuka

Allahuakbar, kalau dah melibatkan keluarga sekali memang risau! Semoga semua baik baik saja

Featured Thu, 1 Sep 2022

[VIDEO] “Tunjuk 6 Pax ke 1 Pax?” – Selamba Tiru Aksi Abang Bomba! Gelagat Johan Cuit Hati Netizen

Bukan main eh Johan membahan 🤣 Agak-agak korang lulus tak Johan kalau jadi abang bomba? 😅

Featured Tue, 27 Dec 2022
Hiburan Tue, 7 Nov 2023
Featured Thu, 5 Jan 2023

“Slowly But Surely” – Cantik Bertudung, Ramai Doakan Yuna Rahim Kekal Istiqamah

Perkongsian video pelakon jelita Yuna Rahim atau nama sebenarnya, Shafiqah Husna Abd Rahim yang mengenakan hijab meraih perhatian peminat. Memuat naik video tersebut di akaun TikTok, penampilan manis Yuna meraih pujian warganet. “Get ready with […]