Hiburan By: SGMS Enal February 11, 2018 @ 6:36am

Nad Zainal Cuba Aiskrim Sotong Gergasi

Nad Zainal yang sedang bercuti di New Zealand berkongsi pengalamannya merasa aiskrim sotong gergasi.

Aiskrim yang dibelinya dari sebuah kedai manisan popular di New Zealand itu berbentuk sama seperti seekor sotong gergasi lengkap bertentakel dan disaluti coklat cair.

Perkongsian Nad memegang aiskrim tersebut mendapat perhatian netizen termasuk pelakon Yasmin Hani dan Hairul Azreen


Dek kerana bentuknya yang mirip saiz sebenar seekor sotong gergasi, ada segelintir peminat yang bertanyakan cara untuk menikmati hidangan itu.

“Macam mana nak makan tu? Nak mula bahagian mana dahulu?” soal @maisarahyacob.

“Hati-hati Nad, nanti merayap pula sotong ke jalan raya. Jenuh nak kejar,” tulis @along_zuedah.

“Menyeramkan aiskrim dia,” tambah @haslindanurung_.

Restoran Giapo yang terletak di Auckland, New Zealand itu terkenal dengan ciptaan aiskrim yang kreatif, unik dan tersendiri.

Giapo satu-satunya restoran yang menyajikan hidangan aiskrim menggabungkan teknologi, seni dan sains.

Reka bentuk aiskrim sotong gergasi itu menggunakan teknologi pencetakan tiga dimensi dan bahagian tentakel dihasilkan berongga bagi mengelakkan ia patah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 26 Sep 2023
Hiburan Fri, 10 Dec 2021

“Bahasa Melayu Kami Tak Bagus Sangat, Tapi… ” – Buat Lagu 3 Versi Bahasa, MFMF. Intai Pasaran Antarabangsa

Trio komposer dan penerbit muzik berbakat, MFMF. yang mengukir populariti menerusi lagu Peluang Kedua mengakui penguasaan bahasa Melayu mereka semakin baik. Dianggotai oleh Brendan Lim, Justin Seow dan Zen, mereka banyak belajar dengan penyanyi Hael […]

Hiburan Wed, 17 Jan 2024
Events Wed, 17 Apr 2019

Westlife The Twenty Tour 2019 LIVE in Kuala Lumpur Sold Out in 32 Hours

Did you manage to get the tickets to see the dashing Irishmen?

Cahaya Mata Fri, 12 May 2023