Hiburan By: Ad Ops August 25, 2018 @ 10:00am

Nadiyah Shahab Tak Harap Majlis Kahwin Terlampau Gah

Setiap pasangan raja sehari tentu sahaja mengidamkan sebuah majlis perkahwinan yang gah pada hari istimewa mereka tetapi berbeza pula buat dengan pelakon, pengacara dan model terkenal, Nadiyah Shahab. Beliau tidak mengharapkan majlis yang terlalu gah apabila berbicara soal perkahwinan beliau  dengan cinta hatinya, Ben Ali pada November depan.

Aktres jelita berasal dari Singapura itu lebih mengutamakan kehidupan selepas berumahtangga, dan tanggungjawabnya sebagai isteri.

Nadiyah dan Ben bakal mendirikan rumah tangga pada 10 November di Singapura. Dan, seminggu selepas itu, majlis perkahwinan mereka akan dibuat di ibu kota pula. Tahniah Naddy!

“Dulu, saya memang memasang pelbagai impian untuk majlis perkahwinan sendiri. Namun, sekarang saya lebih mengutamakan apa yang wajib saja.

“Saya sebaliknya lebih memikirkan perkara yang bakal dilalui selepas berkahwin. Saya juga teruja untuk membeli rumah, terutama kediaman yang mempunyai laman untuk kami menanam pokok. Jadi, saya perlu bekerja kuat untuk mencapai semua impian itu.

“Sekarang, saya memang tidak memikirkan sangat soal perbelanjaan kahwin, selain apa yang dirasakan perlu.” Katanya yang berhasrat untuk mengajak keluarganya dari Kota Singa menetap di negara ini selepas mereka berkahwin nanti.

Pelakon drama Encik Suami Mat Salih Celup yang ditayangkan di slot Dahlia TV3 ini menganggap Ben, seperti teman karib yang banyak membantu kepada kerjaya seni dan hidupnya.

“Dia menjadi antara insan paling penting dan banyak berjasa dalam hidup saya. Dia membantu membuka peluang untuk saya berlakon di Kuala Lumpur.

“Kami juga sudah seperti kawan karib. Banyak perkara yang kami boleh lakukan bersama-sama, begitu juga dengan hobi. Contohnya, saya taasub dengan semua perkara berkaitan Harry Potter, termasuk novelnya. Ben juga kini mula membaca buku terbabit.

“Menyedari saya menggemari siri Game Of Thrones, kini, sekarang dia turut menontonnya sekali. Saya bersyukur apabila mempunyai kawan yang bakal dijadikan teman sepanjang hayat. Insya-Allah.” Katanya sambil memaklumkan dirinya tidak berasa terkongkong apabila kerjaya diuruskan bakal suami sendiri.

Pasangan sama cantik, sama padan ini bertunang pada 13 Januari lalu setelah  berkenalan sejak dua tahun dan mula akrab enam bulan selepas itu.

Apapun, kami mengucapkan tahniah kepada Nadiyah dan Ben yang bakal mendirikan rumah tangga tak lama lagi. Jangan lupa jemput kami di Xtra juga tau!

Untuk mengikuti lakonan terbaharu Nadiyah, anda boleh menyaksikan telefilem Mama Tak Akan Sama diportal rasmi  di www.tonton.com.my 

 

Ditulis Oleh : Nik NUr Amira

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 26 Nov 2023

Famili Duo 3: Enggan Isteri Banyak Bergerak, Fuad Rahman Terpaksa Buang Imej ‘Rockstar’ Demi Tom?

Wahh tak sabar nak tengok persembahan Fuad & Tom malam ni dekat Famili Duo!

Hiburan Mon, 29 Aug 2022
Featured Fri, 29 Mar 2024

WHI Kongsi X Mydin Prihatin Jalin Kerjasama Imarahkan Bulan Ramadan

Moga kerjasama ini dapat diteruskan sampai bila-bila❤️

Hiburan Thu, 14 Dec 2023

Fathia Latiff Umum Akan Ke Gaza Tahun Depan? – “Pray For My Syahid”

Fathia maklum perkara berkenaan di Instagram miliknya. Wahhh betul ke ni?? 👀