Trending By: Ad Ops October 30, 2019 @ 12:27pm

Nenek 67 tahun berjaya lahirkan anak, apakah nasib bayi ini?

Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita yang mana seorang wanita dari India berjaya melahirkan anak kembar walaupun usianya sudah mencecah 73 tahun.

Menurut laporan, peladang Erramatti Mangayamma dikurniakan zuriat menerusi kaedah persenyawaan in-vitro (IVF) dan menggunakan teknik pembedahan Caesarian.

Pada minggu lepas pula, seorang wanita dari China, Tian, turut berjaya melahirkan zuriatnya di usia lanjut, iaitu ketika umurnya 67 tahun.

Walaupun Tian turut menggunakan kaedah Caesarian, Tian berjaya mendapatkan zuriatnya secara semula jadi.

Menurut laporan CCTV, Tian dan suaminya Huang yang berusia 68 tahun, ialah pasangan tertua di China untuk mendapatkan anak secara semula jadi. Tian juga mungkin ialah wanita tertua untuk melahirkan anak di negara ini.

Anak perempuan mereka, dinamakan Tianci  yang bermaksud ‘hadiah dari syurga’ dilahirkan di Hospiral Bersalin Dan Kesihatan Kanak-Kanak Zaozhuang di wilayah Shandong. Sebelum bersara, Tian ialah seorang doktor yang bertugas di hospital yang sama, menurut laporan CNN.

Dia juga dilaporkan menggunakan rawatan tradisional Cina di sepanjang proses kehamilannya.

“Kami ada mengkaji sistem pembiakan Tian ketika dia sedang bersedia untuk bersalin,” kata Liu Chengwen, ketua doktor di hospital berkenaan.

“Tidak seperti wanita lain di usia 60-an yang memiliki ovari yang sudah layu, Tian mempunyai ovari yang sama seperti ovari wanita berumur 40-an. Itu mungkinlah satu sebab Tian boleh hamil secara semula jadi.”

Masalah kesihatan ketika hamil

Ini mungkin berita gembira bagi pasangan ini, tetapi pada masa yang sama, ia penuh dengan duka. 

Menjelang tarikh bersalinnya, Tian mengalami kegagalan jantung, serta fungsi buah pinggang dan hati yang abnormal.

Selain itu, dia juga mengalami preeklampsia yang menyebabkan bengkak di muka dan tangan dan boleh membawa maut.

Menurut Mayo Clinic, wanita yang hamil selepas umur 35 tahun besar kemungkinan akan mengalami komplikasi seperti kencing manis, tekanan darah tinggi dan kelahiran anak dengan berat yang rendah. Risiko untuk kehilangan anak juga lebih tinggi.

Tian mendapat zuriat secara semula jadi. Sumber: CCTV

Melanggar undang-undang

CNN melaporkan bahawa Tian dan Huang sudahpun mempunyai dua anak. Cucu mereka pun ramai; yang tertua berumur 18 tahun pada 2019.

Kedua-dua orang anak Huang dan Tian membantah keputusan mereka untuk mendapatkan anak ketiga terutamanya di usia lanjut. Tian berkata anak perempuannya mengugut untuk memutuskan hubungan.

Laporan mengenai kelahiran ini juga mendatangkan kritikan di wadah media sosial China, Weibo.

“Ibu bapa anak ini terlalu mementingkan diri sendiri,” tulis seorang pemberi komen. “Di usia mereka, mereka tidak berkemampuan untuk menjaga anak kecil. Tekanan akan dirasai oleh adik beradiknya yang lebih tua.”

Netizen lain pula tertanya-tanya jika pasangan ini akan dikenakan hukuman kerana melanggari polisi dua orang anak yang ditetapkan oleh pihak kerajaan China.

Buat masa ini tidak diketahui pula mengapa Tian dan Huang inginkan anak baharu pada usia mereka sekarang. Tetapi anda rasa wajarkah tindakan mereka?

Betulkah apa yang dikatakan oleh Netizen, mengenai pasangan ini yang bertindak dengan mementingkan diri sendiri?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 23 Jun 2020
Featured Thu, 15 Sep 2022
Featured Wed, 6 Sep 2023

“Pegang Skrip Bergegar” – Erra Fazira Imbau Pengalaman Ujibakat Filem Sembilu 

Uishh, filem fav min Sembilu ni, tak nak ada version terkini ke eh hmm 😌

Trending Thu, 3 Oct 2019

Spend Your Halloween at The Most Instagram-able Spooky Experience at Lost World of Tambun’s Day of the Dead

Embrace the Mexican traditions honouring the dead as you step into the Lost World of Tambun.

Hiburan Tue, 16 Jan 2024
familuv Tue, 1 Nov 2022

“Saya Akan Kembali Pada Ex” – Pesanan Cinta Aliff Syukri Raih Pujian Warganet

Tular sebuah video usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri ditemu bual oleh seorang pempengaruh TikTok yang membahaskan isu berkenaan hubungan percintaan. Dalam video berdurasi 53 saat yang dikongsikan oleh @asrikamarudin, Aliff ditanyakan mengenai soalan adakah dia […]

Featured Mon, 16 Jan 2023

“Acah Tersakiti & Dicurangi, Menyampah!” – Ciapan Kakak Ira Kazar Sindir Puteri Sarah?

Fuhhhh bahasa dia 🥵🥵 Dengar cerita IG & Twitter Kakak Ira Kazar dah ‘hilang’?? 🤪🤭