Hiburan By: Khairil Khusyairi July 13, 2023 @ 6:10pm

Noorkhiriah Akui Bukan Senang Kekal Istiqamah – “Saya Pun Masih Haru-Biru, Fizikal & Mental Kena Strong”

Pelakon Noorkhiriah menyifatkan untuk membuat perubahan dalam menjadi insan yang lebih baik bukanlah satu perkara yang mudah.

Menurut Noorkhiriah, dia mengaku dirinya juga masih belum baik dalam berubah kerana ia memerlukan pengorbanan fizikal dan mental yang kuat.

“Betapa beruntungnya orang-orang yang berubah ke arah kebaikan secara istiqamah fasal nak berubah ni pun bukan mudah ye kawan.

“Cakap..semua orang boleh cakap macam akak.. akak sendiri pun kadang masih haru-biru..nak berubah secara total ni memerlukan pengorbanan fizikal & mental kena strong.

“Bukan mudah untuk meninggalkan dunia semata mencari akhirat..tapi bila akhirat dah dekat hati..dunia tak ada apa dik.. takat kat tangan je,” tulisnya ringkas.

Dalam pada itu, pelakon drama rantaian popular Nur itu berharap semua dapat mendoakan dirinya untuk kuat dalam mencari akhirat dan tidak mustahil untuk terus istiqamah sekiranya berniat dengan ikhlas.

“Doakan akak semoga akak diberi kekuatan untuk meletakkan dunia di tangan bukan lagi di hati.

“Berubah itu mudah, istiqamah itu payah tapi jika disertakan niat kerana Allah, Insya-Allah, Allah permudahkan. Aamiin,” harapnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 24 Aug 2022

“Please Buat ‘House Tour’” – Netizen Teruja Tengok Rumah Wany Hasrita

Baru sahaja mendirikan rumah tangga pada bulan lalu, penyanyi, Wany Hasrita sekali lagi menjadi perhatian warganet. Sebelum ini, Wany Hasrita pernah berkongsi bahawa dia sudah memiliki rumah idamannya. Terbaharu, Wany atau nama penuhnya Nurshazwany Hasrita ada […]

Hiburan Thu, 21 Dec 2017

郑秀文以患者身份:不要害怕,一定有出路可行!

Sammi郑秀文于2005年拍摄电影《长恨歌》后,销声匿迹了3年,最终凭着朋友的支持以及宗教信仰,让她渐渐康复。看过了韩国团体SHINee钟铉留下的遗书,她不禁于21日凌晨以过来人身份发帖。

Hiburan Sun, 31 Dec 2017

ZUL ARIFFIN AKUI SUDAH HILANG ARAH

Semoga Zul Ariffin terus tabah dalam menjalani kehidupan pada masa hadapan

Hiburan Tue, 28 Aug 2018

Shila Amzah Dikecam Selepas Perli Penyanyi Popular?

Selepas beberapa jam, Shila telah memohon maaf atas keterlanjuran kata dengan penggunaan ayat yang mengguris hati peminat Siti Nurhaliza selepas melihat komen-komen ‘tajam’ yang ditinggalkan.

Hiburan Mon, 30 May 2022
Hiburan Tue, 24 Sep 2019

Bekas Suami Bakal Jual Rumah, Kris Dayanti Siap Sedia Untuk…

Anang dilaporkan mahu menjual kediaman mewah bernilai jutaan Ringgit namun alasan sebenar masih belum diketahui sehingga kini.

Featured Sat, 12 Feb 2022
Hiburan Thu, 12 Oct 2023