Hiburan By: SGMS Faida April 9, 2019 @ 5:09pm

Nur 2 Bukan Untuk Kanak-Kanak, Pengarah Respon Teguran Warganet

Jalan cerita drama Nur 2 nampaknya semakin hari semakin mendebarkan! Apatah lagi sejak kemunculan watak Juita yang cuba menggoda Ustaz Adam. Geram je tengok kan?

Penampilan watak daring itu nampaknya menarik perhatian netizen yang menegur drama itu dilihat tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak.

Pengarah drama bersiri Nur 2, Shahrulezad Mohameddin tampil di Instagramnya memberitahu bahawa Nur 2 tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak.

Katanya, mungkin ada yang masih belum faham kenapa Nur 2 diklasifikasikan sebagai P13 untuk siaran kali ini dan bukan klasifikasi U.

“ Ada sebab kenapa drama Nur 2 ditayangkan pada slot Samarinda jam 10 malam dan bukannya slot Akasia siaran petang.

“ Terus-terang, Nur 2 yang mengisahkan dunia pelacuran tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak. Remaja mungkin, itu pun ibu bapa kena guna peluang ini sebagai alat mendidik anak terutamanya berkaitan pembelajaran seks dan sebagainya,” katanya.

 
 
 
View this post on Instagram

Mungkin ada yg masih belum faham kenapa Nur2 diklasifikasikan sbg PG13 utk siaran kali ini dan bukan klasifikasi U dan ada sebab jugak kenapa drama Nur2 ditayangkan pada slot Samarinda jam 10 malam dan bukannya slot Akasia siaran petang. Terus terang cakap Nur2 yg mengisahkan dunia pelacuran yg sama sekali tidak sesuai utk tontonan kanak kanak. Remaja maybe itupun mak bapak kena guna peluang ini sebagai alat mendidik anak anak especially berkaitan tentang sex education dan sebagainya. Abam bukan buat drama Nur2 ini untuk kanak kanak. Mak bapak kena bertanggungjawab sama dalam mengawal content untuk anak anak mereka. Content untuk kanak kanak adalah di siang hari bukan malam. Malam selalunya untuk tontonan orang dewasa especially pada jam 10 ke atas. Jangan bandingkan dengan Nur1. Nur1 watak utamanya ialah seorang pelacur yg membenci kariernya sebagai pelacur dan sehabis baik untuk keluar dari dunia itu sebab tu ianya mendapat kategori U. Manakala dalam Nur2 watak Juita sebagai antagonis adalah seorang yg merasakan tidak apa jadi seorang pelacur. Apa yg Juita lakukan dalam kereta tu adalah lumrah dan normal bagi seorang pelacur. So kalau kita rasa tak selesa dengan imej sedemikian abam cadangkan pada penonton budiman sekalian sila jangan tonton. Itu adalah sebaik baik tindakan. Pilihan di atas diri kita sendiri. Harap maklum.

A post shared by shahrulezad mohameddin (@budakijat) on

Katanya, drama Nur 2 bukan untuk tontonan kanak-kanak dan ibu bapa harus bertanggungjawab sama dalam mengawal kandungannya buat anak mereka.

“ Abam bukan buat Nur 2 untuk kanak-kanak. Kandungan untuk kanak-kanak adalah di siang hari bukan malam. Malam selalunya untuk tontonan dewasa terutamanya pada jam 10 malam ke atas. Pilihan di atas kita sendiri,” tulisnya.

Dalam entri berkenaan, Shahrulezad turut memaparkan tangkap layar (screen shot) seorang warganet yang mengecam musim kedua ini terlalu banyak babak terlampau.

Fenomena Nur nampaknya masih belum berakhir memandangkan warganet sangat aktif memberi maklum balas mengenai drama yang dibintangi oleh Syafiq Kyle dan Amyro Rosli.

Jangan lupa saksikan jam 10 malam ini di TV3, agaknya apa lagi si Madi nak buat malam ni eh?

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 14 Feb 2018

《春天花啦啦!》收视告捷破10点

八度空间原创强档贺岁电视剧《春天花啦啦!》自开播以来深受剧迷们的喜爱,第五集于2月12日(星期一)更刷下收视最高点10.5点佳绩,是本地电视剧时段“搬家”以来最高的收视点!

Featured Wed, 28 Dec 2022
Hiburan Sun, 25 Nov 2018

Elyana Dapat Anak Kedua?

Hatimu Elyana sungguh murni, menjaga Tulus dan mengambilnya walaupun sedar yang dia anak syurga

Hiburan Mon, 18 Dec 2017

Istana Termahal Di Dunia Bernilai RM1.2 Bilion

Istana Termahal Di Dunia Bernilai RM1.2 Bilion Milik Putera Arab Saudi

Hiburan Fri, 12 Jan 2018

FARID KAMIL DIREMAN 4 HARI, BANTU SIASATAN

Berikutan kes Farid Kamil yang telah menampar seorang anggota polis dan memukul dua orang awam semalam, Pelakon dan Pengarah Farid Kamil direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan

Hiburan Thu, 18 Jan 2018

Adi Putra Nikah Semula Lagi?

peminat Adi Putra apabila pelakon berkenaan telah melangsungkan pernikahan semula bersama bekas isterinya, Aida Yusof pada tarikh 18 Januari 2018. Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh Adi dan juga Aida di laman Instagram mereka.   “Syukur […]