Featured By: Arfah January 5, 2022 @ 12:59pm

Pak Nil Buka Kedai Percuma, Penuhi Keperluan Mangsa Banjir Di Bukit Changgang

Kebelakangan ini pengacara tersohor, Datuk Aznil Haji Nawawi tidak putus-putus menyalurkan bantuan kepada mangsa yang terjejas banjir di Bukit Changgang, Selangor.

Pelbagai bantuan diberikan dari segi sumbangan keperluan harian dan bantuan sokongan mental serta fizikal ketika turun padang melawat mangsa banjir.

Aznil atau mesra disapa Pak Nil menerusi hantaran Instagram memaklumkan dia mendapat idea untuk membangunkan kedai barang keperluan percuma bagi memudahkan mangsa banjir di Bukit Changgang.

“Idea ini tercetus hasil dari wang sumbangan orang ramai. Mangsa banjir boleh ke kedai itu untuk mengambil barangan keperluan mereka secara percuma,” tulis Pak Nil.

Kedai yang diberi nama Kedai Percuma Paknil itu sudah memperoleh lebih dari RM70,000 hasil sumbangan Pak Nil sendiri dan orang ramai.

“Nak pampers ke nak bawang, nak minyak, nak berus gigi, nak telur, bahan cuci, sardin, kita letak di sini. Tapi ketua rumahlah datang ambil. Kalau kata ada yang tak mampu, kita ada rider yang boleh hantar.

“Ambil untuk keperluan sendiri ya bukan mengikut nafsu,” kata Pak Nil menerusi video yang dimuat naik bersama hantaran itu.

Pak Nil menjelaskan barangan di Kedai Percuma Paknil merupakan barangan baru dan bukan barangan yang terpakai.

 

Kedai Percuma Pak Nil telah dilancarkan pada 30 Disember tahun lalu dan kini sedang giat beroperasi di kawasan terbabit.

Di hantaran Instagram yang terbaru, Pak Nil meluahkan rasa sebak apabila melihat sebuah banner yang bertulis ‘Terima Kasih Pak Nil Dari Penduduk Bukit Changgang’ dinaikkan di sebuah dewan orang ramai di Bukit Changgang.

“Pak Nil bukan keseorangan tapi disertai followers Pak Nil yang menyumbang. Terima kasih semua,” tulis Pak Nil di ruangan kapsyen.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 3 Jul 2018

Bila Dalam Situasi Begini, Apa Korang Akan Buat?

Perkongsian gadis ini di laman Twitternya mendapat sebanyak 33,000 perkongsian apabila kisah piring kesayangan ibunya tak boleh dibawa keluar dari mangkuk. Lebih mengharukan, piring itu berjenama Corelle! Aduh…

Hiburan Mon, 24 Dec 2018

Niat Tawan Pasaran Muzik Tempatan, Chaleeda Sanggup Belajar Cakap Melayu

Single Bestfriend antara buah tangan daripada penyanyi jelita ini. Korang dah dengar ke belum?

Hiburan Fri, 1 Feb 2019

Rush Hour 3 Bakal Ada Sambungan, Apa Kata Jackie Chan?

Tapi untuk Rush Hour 4, bila-bila sahaja saya bersedia. Tahun depan!,

Featured Fri, 4 Jun 2021

200,000 Rakyat Palestin Perlu Bantuan Kesihatan – WHO

Selepas pertempuran 11 hari antara rejim zionis Israel dan Hamas, rakyat Palestin kini  berdepan keperluan kesihatan mendesak selepas menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Menerusi satu kenyataan oleh Agensi , sekurang-kurangnya 200,000 rakyat Palestin di Wilayah […]

Trending Thu, 5 Nov 2020
Trending Mon, 3 Feb 2020
Featured Wed, 6 May 2020
Hiburan Sun, 10 Mar 2019

Sayang Punya Pasal, Zara Zya Sanggup Hasilkan Supplement Untuk Kucing!

Beshetik juga dah makin berat, 13 kg dah tau!