Hiburan By: Salma Syahbuddin May 2, 2018 @ 4:08am

“Pelawak Harus Punya Idea Sendiri” – Afdlin Shauki

Pengarah dan pelakon terkenal, Datuk Afdlin Shauki menegaskan bahawa pelawak-pelawak tempatan perlulah mempunyai identiti sendiri dan tidak menciplak mana-mana idea orang lain terutamanya apabila membuat persembahan.

Menurut Afdlin, pentas komedi mempunyai banyak kelebihan dan kekuatan tersendiri dalam menyampaikan mesej yang lebih berat seperti kepentingan budaya integriti.

“Setiap pelawak itu mempunyai nilai dan daya tarikan yang tinggi kerana, pelawak-pelawak ini secara tidak langsung dapat menghiburkan orang ramai dengan menyediakan idea dan isi kandungan lawak yang mampu membuatkan para penonton terhibur.” Katanya

Malah, Nizam yang juga merupakan seorang pelawak, turut mengakui bahawa seseorang pelawak itu tidak perlu meniru jenaka pelawak lain untuk membuat persembahan. Dan, menurutnya keluarga adalah tempat paling penting dalam memupuk budaya integriti.

“Saya kena jadi saya. Kita  kena jadi kita, tak perlu menjadi orang lain. Misalnya, saya beritahu anak saya, bila hendak membuang sampah, jika tidak ada tong sampah, saya akan minta mereka jangan buang sampah merata tempat, simpan dalam poket sehingga jumpa tong sampah. Ini antara nilai yang kita perlu tekankan.” Jelasnya

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 21 Jun 2022

Gara-Gara Tegur Aurat Allahyarham Adibah Noor, PU Riz Dikecam Siti Kasim – “Shut The F**k Up!

PU Riz menegur untuk kebaikan sesama muslim, lagipun dia menegur dengan cara yang baik 😊

Hiburan Fri, 14 Apr 2023

Tanda Penghormatan Karya Malaysia, Charly Setia Band Tampil Dengan Single Bukan Ku Tak Sudi

Best jugak lagu legend Bukan Ku Tak Sudi version charly ni!

Hiburan Mon, 29 Oct 2018

It’s A BOY! Kapsyen Erma Fatima Untuk Adik Ipar Bikin Netizen Sebak

Berkemungkinan, kapsyen berkenaan mengingatkan perkara yang pernah dilalui oleh pelakon Mak Cun ini dahulu.

Hiburan Sat, 22 Jun 2019

Faizal Tahir Angkat ‘Ratu’ berada pada kelas tersendiri

“Ratu”  merupakan balada pertama Faizal Tahir selepas 2 tahun

Drama Tue, 19 Mar 2024
Featured Fri, 26 May 2023

Baru Satu Hari Tayangan, Filem Polis Evo 3 Kutip RM3.4 Juta!

Tahniah team Polis Evo 3!💪💪💪