Featured By: Salma Syahbuddin July 24, 2023 @ 11:44am

Pendakwah Ini Tegur Busana Pelik Artis, Sifatkan Ia Sebagai Ancaman – “Boleh Mendatangkan Riyak & Halang Masuk Syurga”

“Pakaian sebegini dilarang dan salah dalam Islam walaupun tidak mendedahkan aurat”.

Demikian kata dari Pendakwah Dr Kamilin Jamilin menerusi hantaran di Instagram miliknya pada Ahad selepas tular pakaian artis di karpet merah yang kononnya dianggap mega dan ‘Out of the box’ baru-baru ini.

Menerusi perkongsian tersebut, Dr Kamilin menjelaskan, walaupun pakaian sedemikian menutup aurat, namun ia termasuk dalam kategori Libas al-syuhrah iaitu pakaian pelik yang mengundang perhatian.

Menurutnya, pakaian sedemikian dilarang oleh Islam kerana ia boleh mendatangkan sifat riyak dan perasaan lebih hebat dari orang lain.

“Pernah kan tengok orang pakai pakaian pelik-pelik? Biasanya artis atau selebriti dalam dunia fesyen, kononnya unik dan lain daripada yang lain.

“Tapi tahu tak sebenarnya pakaian macam ni dilarang oleh Islam walaupun seandainya tak mendedahkan aurat sekalipun tapi pakaian macam ni tetap salah kerana ia termasuk dalam kategori Libas al syuhrah (pakaian pelik yang mengundang perhatian) sebab ia boleh mendatang pembaziran dan Islam mahu mejaga umatnya daripada sifat riyak.

“Bila kita biasa mengundang perhatian dan tumpuan orang ramai lebih susah untuk kita jaga hati. Sebab sifat sebegitu boleh mnghalang kita daripada masuk syurga dan balasannya di akhirat juga sangat berat,” katanya.

Justeru, Kamilin meminta agar rakan selebriti dan pereka fesyen menjauhi pakaian syuhrah (menonjol dan mencuri perhatian) kerana ia boleh menjadi penyebab seseorang itu tidak boleh masuk syurga.

“Jadi saya menyeru rakan selebriti dan pereka fesyen jauhilah pakaian dan rekaan syuhrah ini.

“Tak semestinya pakaian itu kena gah atau mewah baru jadi syuhrah yang penting jangan bagi nampak pelik sangatlah, lain daripada orang lain sampai mengundang sensasi atau perhatian disebabkan keanehannya. Islam suka bersederhana,” jelasnya.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan pelbagai respons mengenai hantaran tersebut, sekaligus ada yang tampil mengaitkan nama Aina Abdul dek kerana sering muncul dengan gaya fesyen luar biasanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Fri, 27 Jan 2023

Syura Badron Dedah Bakal Timang Cahaya Mata Lelaki

Semoga dipermudahkan segala urusan

Hiburan Tue, 3 Sep 2019

Bila ‘Hantu’ Bawa Tuah kepada Dalimawati

Hantu bukan sebarang hantu ok?

Events Sat, 1 Jun 2019

陈劼扬不畏艰辛自掏腰包发实体专辑!自弹自唱唱出心声

出身自八度空间《我要唱好歌》的陈劼扬圆梦!不畏艰辛自掏腰包发实体专辑《单》自弹自唱,唱出自己的心声。

Featured Tue, 20 Aug 2019

4 cara gayakan skirt, anda pasti melangkah dengan bergaya!

Anda pun boleh tampil yakin dengan skirt!

Featured Thu, 31 Mar 2022