Featured By: Attiqah Mohd June 18, 2021 @ 7:33pm

Pendapatan Rakyat Membimbangkan, Lebih 600,000 Isi Rumah M40 Tergelincir Ke B40

Pandemik COVID-19 memberi implikasi yang besar kepada tahap pendapatan rakyat Malaysia apabila lebih daripada 600,000 isi rumah dari golongan berpendapatan pertengahan (M40) telah tergelincir ke dalam kategori golongan berpendapatan rendah B40.

Penurunan ini menimbulkan kebimbangan mengenai peningkatan ketidaksamarataan dan kesannya terhadap kedudukkan sosioekonomi rakyat Malaysia.

Menurut Sekretariat Majlis Tindakan Ekonomi (AEC), seperti yang dilaporkan oleh Jabatan Perangkaan untuk tahun 2019, sekurang-kurangnya 8 peratus isi rumah memperlihatkan penurunan pendapatan di ambang pendapatan maksimum B40 iaitu RM4,850 sebulan.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan pakej bantuan bernilai RM380 bilion sebagai rangsangan untuk menangani kesan COVID-19 terhadap perniagaan, pengangguran, tahap pendapatan dan golongan masyarakat rentan.

Pengarah Eksekutif EAC Prof Tan Sri Noor Azlan Ghazali mengatakan anggaran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita Malaysia menurun kepada RM42,107 pada tahun 2020, berbanding RM45,973 pada tahun 2019 sebelum wabak COVID-19.

“Pandemik telah menyebabkan KDNK per kapita menyusut kira-kira 8.4 peratus. Sebelum ini kita pada kadar 10.5 peratus ambang pendapatan yang digariskan Bank Dunia, namun ketika ini kita ketinggalan 18 peratus,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media secara maya mengenai cadangan Sekretariat AEC terhadap penetapan semula Malaysia dalam persekitaran landskap ekonomi baharu pasca pandemik pada Khamis.

Sumber: Awani

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 18 Nov 2019

15 gaya penampilan Beyoncé yang paling mempersonakan dalam dekad ini

Queen Bey bukan saja berbakat malah pandai bergaya.

Hiburan Sun, 11 Aug 2019

Idayu Keluar Single Terbaru

Goodluck Idayu!

Hiburan Tue, 24 Apr 2018

Geram! Ini Luahan Serina Redzuawan Terhadap Bekas Suami

How about (Macam mana pula) Gavin yang dengan sendiri melanggar perintah mahkamah tidak berkelakuan dan hidup dengan cara bukan Islam.

Hiburan Mon, 21 Oct 2019

Raffi Ahmad Bakal Bersara?

Selama ini saya hanya sibuk dengan pekerjaan sehingga…

Hiburan Thu, 11 May 2023
Featured Thu, 25 Aug 2022
Featured Fri, 20 Jul 2018

Elak Poket Robek Di Pasaraya, Ini Helah Pintar Yang Perlu Anda Tahu

Baru nak terapikan diri dengan shopping, tapi dah stres sebab duit dah habis.

Trending Fri, 27 Dec 2019