Hiburan By: Padin November 12, 2023 @ 10:57am

Pengalaman 18 Tahun Penerbit Aron Koh Digarap Dalam Buku ‘Lensa: Di Sebalik Kisah Pembikinan Filem Malaysia’

Penerbit Aron Koh menterjemahkan pengalaman selama 18 tahun dalam dunia perfileman menerusi buku berjudul berjudul Lensa: Di Sebalik Kisah Pembikinan Filem Malaysia.

Menurut Aron, karya terbabit boleh dimanfaatkan oleh penggiat seni serta dapat digunakan bagi tujuan pendidikan kepada mereka yang berminat dalam industri perfileman tempatan.

“Melalui buku terbabit, mereka yang mahu belajar dapat memahami selok belok dunia seni, terutamanya peraturan industri. Ia bercerita mengenai analisis proses pembikinan filem dan mengenal pasti faktor kejayaan sesebuah filem serta adaptasi trend industri pasca pandemik.

“Saya juga yakin buku ini akan memberi inspirasi dan pandangan kepada pembikin filem baharu, lepasan ijazah dan yang sedang menunggu peluang serta pendedahan kepada pembuat filem luar negara tentang industri perfileman dalam Malaysia,” ujar penerbit filem Haunted Hotel ini.

Aron berkata demikian pada majlis pelancaran buku Lensa: Di Sebalik Kisah Pembikinan Filem Malaysia di TGV Pavilion, Bukit Jalil baru-baru ini.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Kamil Othman.

Turut memperkenalkan tiga filem dan satu dokumentari iaitu Tiga Adiwira, Syaitan Nirrajim, Dokumentari Asean Horror dan The Missing Child yang bakal menemui penonton di layar perak tahun 2024, Aron yang merupakan penerbit di Lomo Pictures ini terlebih dahulu mengeluarkan buku terbabit dalam bahasa Inggeris dengan judul Zoon In: The Untold Story of Malaysian Filmmaking.

“Pengalaman sebagai Pengurus Besar Akademi Filem dan TV Limkokwing membuatkan saya menggarap intipati buku berkisar tentang keadaan semasa industri filem Malaysia, cabaran dalam industri dan jalan ke hadapan untuk industri.

“Selain itu, analisa secara menyeluruh mengenai pemahaman dan pandangan saya terhadap industri, masalah yang dihadapi dan cadangan yang kontra. Apa yang istimewanya ialah buku ini turut diperakui oleh Blockchain Agency selain merupakan karya pertama pembuat filem Malaysia yang diletakkan di platform dagangan NFT,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 12 Dec 2023
Hiburan Wed, 23 Jan 2019

Farah Nabilah Bongkar Rahsia Miliki Kulit Cantik Dengan Peminat

Kalau tidak terikat dengan komitmen seni atau perlu berlawa dengan menghadiri acara, saya juga selesa membiarkan wajah polos tanpa secalit mekap…

Hiburan Sat, 29 Dec 2018
Hiburan Fri, 10 May 2019
Hiburan Sat, 10 Nov 2018

Pertama Kali Ke Malaysia, KARD Teringin Minum ABC

Kumpulan yang cukup terkenal dengan lagu Oh NaNa dan Don’t Recall ini juga memaklumkan teringin untuk menikmati juadah tempatan yang pedas.

Hiburan Wed, 31 Jan 2024