Filem By: Del14 October 18, 2019 @ 7:33am

Pengembaraan Upin & Ipin ke Hollywood?

Memang tidak disangkalkan lagi kalau kartun animasi buatan Malaysia ini sememangnya hebat.  Terbukti pula kali ini filem animasi ‘Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal’ disenaraikan sebaris dengan filem-filem antarabangsa popular yang kita sedia tahu seperti Frozen 2 dan Toy Story 4 bagi pencalonan Oscars 2020 untuk kategori Filem Animasi Terbaik.  Tahniah kepada syarikat Les’ Copaque Production dan rata-rata ramai yang turut merasa bangga serta memberi komen semangat di laman instagram @upinipinofficial ketika mengumumkan berita gembira ini semalam.

 
 
 
View this post on Instagram
 
 

Filem “Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal” disenaraikan bersama 32 filem animasi antarabangsa yang lain bagi pencalonan Oscars 2020. . Terima kasih rakyat Malaysia di atas sokongan luar biasa kepada filem ini. . #UpinIpin #Lescopaque #oscars2020

A post shared by Upin & Ipin | By Les’ Copaque (@upinipinofficial) on

Filem ‘Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal’ ini secara ringkasnya memaparkan perjalanan dua beradik yang sudah tidak asing lagi malah begitu popular di Asia khususnya Malaysia dan Indonesia itu, ditambah dengan beberapa karakter menarik daripada kisah-kisah hikayat dongeng Melayu seperti si Tanggang, Raja Bersiong, Mat Jenin dan banyak lagi.  Menarik bukan? Ternyata filem ini memang mengsasarkan kutipan RM40 juta dan telah berjaya mengaut kutipan sejumlah RM25 juta hanya dalam masa 3 minggu! Jauh mengalahkan kutipan filem-filem animasi antarabangsa lain seperti the Incredibles 2.

Untuk memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh panel acara anugerah yang berprestij itu, filem Upin & Ipin akan ditayangkan di Los Angeles di dalam format Bahasa Inggeris, berjudul ‘Upin & Ipin: The Lone Gibbon Kris’.  Trailer filem ini sahaja pun sudah mendapat lebih 7 juta ‘views’ dan lebih 50 ribu ‘likes’ manakala versi filem pendeknya mendapat 36 juta ‘views’!  Kalau ada yang belum sempat menonton filem kebanggaan Malaysia ini, boleh tonton versi 10 minit filem tersebut di laman YouTube @Les’ Copaque Production atau tonton di bawah ini.  Saksikan pengembaraan terbaru Upin & Ipin!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Filem Fri, 27 Dec 2019
Filem Fri, 3 Aug 2018

Running Man Members to Appear on CJ WOW Shop This Weekend!

There are 2 amazing KPOP stars who will be there too!

Filem Thu, 28 Nov 2019

电视动画《Ejen Ali》首度搬上大荧幕!现已全马正式上映

马来电视动画《特工阿里》三年前在TV3播出后备受欢迎,如今更是首度搬上大荧幕,于我国、新加坡和汶莱共160家电影院同步上映!

Filem Thu, 2 Jan 2020

辛伟廉挑战不可能!盈盈体力耗尽大爆走

嘉宾辛伟廉《Durian, Kaya, Teh Tarik》节目拍摄挑战不可能,盈盈则体力耗尽大爆走!

Filem Mon, 10 Sep 2018

导演下令!盛天俊陈子颖片场不能「太亲近」

盛天俊和陈子颖继《逆光成长》和《春天花啦啦》后再演情侣,不过导演却下令两人在片场不能「太亲近」!

Filem Tue, 16 Apr 2019

E! News Takes a Sneak Peak of the Glamorous Ella Unplugged Wardrobe

What’s the Queen of Rock’s fashion sense?

Filem Wed, 18 Jul 2018

Cinema Filled with Tears as Pulang Moves Audiences

Everyone was so touched by the story.

Filem Sat, 22 Dec 2018

导演自爆独门秘方!精油助刘以豪抽离角色

刘以豪《比悲伤更悲伤的故事》入戏太深爆瘦!导演不忍出动「独门秘方」,利用精油助刘以豪快速抽离角色。

Filem Sat, 2 Mar 2019

泰国年度受欢迎鬼片《Pee Nak》314全马上映

寺庙也有鬼?泰国年度最受欢迎恐怖电影 《Pee Nak》3月14日全马上映!

Filem Wed, 27 Nov 2019

主持人陈慧恬大暴走!拍摄现场一度失控笑翻

这一集的《Durian, Kaya, Teh Tarik》爆笑连连,游戏过程更是让「傻大姐」陈慧恬一度暴走!