Hiburan By: Padin January 13, 2024 @ 7:06am

Perancangan Bertunang Di Hari Lahir Tak Menjadi Gara-Gara Putus Cinta, Wanna Ali Tak Ralat

Pelakon jelita Wanna Ali tidak ralat apabila perancangan bertunang di sambutan hari lahirnya tidak menjadi kenyataan.

Meraikan ulang tahun ke-26 pada 25 Disember tahun lalu, cinta Wanna dengan seorang ahli perniagaan putus di tengah jalan.

“Ye ke bertunang? Siapa yang cakap? Hehe… Mungkin ibu saya yang beritahu. Saya tak sedih, saya tak ralat kerana apa yang sudah tertulis untuk saya pastinya akan datang kepada saya.

“Saya tak kejar apa-apa pun, sebelum ini mungkin saya rasa tertekan tapi saya fikirkan semula, mungkin ini jalan yang Allah susun untuk saya.

“Saya mahu memberi fokus kepada karier, membantuk adik-adik saya yang lain serta memberikan kualiti kerja yang bagus untuk peminat yang selama ini menyokong,” katanya kepada XTRA.

Bersyukur kerana hasrat ulang tahun ke-25 sebelum ini menjadi nyata, Wanna mahu berazam untuk menjadi yang lebih baik di usia ke-26.

“Sebelum ini, saya ada berhasrat untuk berlakon dengan platform penstriman dalam talian, Alhamdulillah menjadi nyata.

“Saya juga menanam impian untuk menunaikan umrah di hari lahir, ia menjadi kenyataan juga kerana saya bakal berangkat ke Tanah Suci untuk penggambaran drama Lelaki Itu, sekali gus akan mengerjakan ibadah di sana pada Februari depan.

“Sempena hari jadi ke-26 dan tahun 2024, saya mahu memberi sehabis baik dalam karier dan mahu membelikan rumah untuk keluarga tersayang, Insya-Allah,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 2 Mar 2023
Hiburan Fri, 24 May 2019
Drama Mon, 17 Feb 2020
Hiburan Mon, 11 Nov 2019

Naim Daniel Kena Marah?

Siapa ‘sekolah’kan Naim Daniel?

Hiburan Tue, 13 Mar 2018

“Syukurlah korang semua masih ada suami,” – Nora Ariffin

Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Ariffin menasihatkan kaum isteri di luar sana untuk bermuhasabah diri dan tidak melihat kekurangan semata-mata…

Featured Tue, 12 Mar 2024

“Sekiranya Kami Dapati Ada Kelakuan Maksiat, Kami Akan Serbu” – Menteri Agama Tegaskan Tangkapan Khalwat JAWI Bukan Gimik

Ingat! perbuatan maksiat tetap maksiat dan ia sama sekali tidak boleh dipromosikan🔥🔥🔥