Featured By: Maya Basir March 17, 2023 @ 3:17pm

Perasaan Membuak-Buak Nak Kahwin, MK K-Clique Senaraikan Ciri-Ciri Calon Isteri – “Saya Memerlukan Seseorang Yang…”

Pelakon dan penyanyi rap, MK K-Clique terus berteka-teki mengenai kisah percintaannya.

Memetik laporan Berita Harian, MK atau nama sebenar Muhammad Hairi Amin Hamdan memberitahu dirinya masih mencari calon isteri.

Menurutnya, apabila melihat orang sekeliling sudah mendirikan rumah tangga, terdetik perasaan membuak-buak untuk berkahwin juga.

“Status saya masih mencari. Tetapi, saya mahu fokus kerja dahulu. Saya nak mendirikan rumah tangga, perasaan memang membuak-buak bila tengok orang sekeliling sudah berumah tangga dan sebagainya.

“Saya juga nak rasa berkasih sayang, tetapi saya masih mencari. Saya tidak menidakkan ada sasaran iaitu selagi ibu bapa masih ada. Jadi, saya mahu berkahwin selagi orang tua masih ada.

“Ibu bapa saya ada satu impian, mereka mahu melihat anak-anak berkahwin selagi masih hidup. Kita tidak tahu ajal dan maut, jadi selagi mereka sihat saya akan terus mencari,” katanya.

MK yang merupakan satu-satunya yang belum mendirikan rumah tangga diantara adik-beradiknya bagaimanapun tidak tertekan dengan perkara itu.

Selain itu, dia turut menyenaraikan ciri-ciri wanita yang mahu dijadikan pendamping hidup.

“Adik-beradik sudah berkahwin kecuali saya. Jujurnya, saya langsung tidak tertekan walaupun adik bongsu saya baru berkahwin.

“Adik bongsu berkahwin kira-kira dua minggu lalu. Jadi, kalau tanya saya, memang ada perancangan untuk ke arah ini, tetapi untuk memilih seseorang menjadi pendamping hidup, bukan hanya satu atau dua tahun.

“Ia adalah satu pencarian calon yang sangat mencabar, lebih lagi, saya dalam bidang seni. Jadi, saya memerlukan seseorang yang memahami, membantu dan mendorong saya dari segi fizikal dan mental.

“Bukan senang nak dapat, apatah lagi, dalam zaman sekarang. Saya sendiri takut dalam dunia percintaan sebab ada ikatan pun banyak benda boleh berlaku.

“Jadi, saya mahu yang terbaik, mengharapkan doa ibu bapa, keluarga dan orang sekeliling,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 20 Apr 2021

Jenazah Ayahnda Tengku Permaisuri Selangor Selamat Dikebumikan

Jenazah ayahanda Tengku Permaisuri Selangor, Abdul Rahman Baba yang meninggal dunia awal pagi tadi pada usia 89 tahun selamat dikebumi di Makam Diraja Shah Alam, Seksyen 5 dekat sini pada 2.45 petang tadi. Jenazah Allahyarham […]

Hiburan Sat, 29 Feb 2020
Featured Wed, 16 Nov 2022

Dikhabarkan Mengajar Kelas Taranum, Ini Penjelasan Syafinaz Selamat

Wah inisiatif yang bagus untuk timba ilmu baru

Trending Tue, 9 Jun 2020
Hiburan Thu, 10 May 2018

谁那么大胆!小劳勃道尼「900万钢铁人装甲」被偷了

「复仇者联盟」在电影里打击犯罪,拯救宇宙,没想到在现实生活中竟然成为受害者,一副小劳勃道尼(Robert Downey Jr.)曾穿过的钢铁人装甲被偷了!