Hiburan By: Padin July 21, 2022 @ 6:23am

Pertemuan 2 Diva! Liza Hanim Berpadu Suara Dengan Shila Amzah Dalam ‘Bahagiakan Dia’

Buat julung-julung kalinya penyanyi Shila Amzah dan Liza Hanim berpadu suara menerusi lagu balada berjudul Bahagiakan Dia.

Sejak dilancarkan disemua platform digital pada 30 Jun yang lalu, gandingan tersebut ternyata mendapat sambutan hangat daripada peminat yang ternanti-nanti sebuah karya segar dan mampu memberikan nafas baharu kepada industri muzik tanah air.

Lagu yang berkisahkan tentang hati dan kehendak untuk membahagiakan seseorang begitu dekat dengan pendengar dan ia diterjemah dengan bait-bait lirik yang mudah difahami.

Bagi Shila, pastinya gandingan kali ini disifatkan cukup istimewa memandangkan dia bergandingan dengan Liza Hanim, satu nama yang amat dikagumi sejak dahulu.

“Memang ini merupakan satu penghormatan kepada saya dapat berpadu suara dengan Liza. Dia bukan sahaja dikenali sebagai penyanyi yang mempunyai kekuatan vokal sebaliknya mempunyai pengalaman yang luas.

“Kami berkongsi pelbagai perkara semasa proses rakaman bagaimana untuk ‘mencantikkan’ lagi lagu ini. Itu yang membuatkan saya teruja,” kata Shila.

Bahagiakan Dia merupakan lagu ciptaan komposer muda Aliff Iskandar manakala lirik pula hasil tulisan Aliff bersama Que Afiq.

Bagi Liza pula, selain teruja bergandingan dengan Shila, dia juga gembira dapat menyempurnakan karya Bahagiakan Dia yang disifatkan akan memberikan sinar baharu kepada mereka berdua.

“Memang saya teruja apabila dapat terlibat sama dalam karya ini memandangkan ini merupakan single terbaru untuk saya pada tahun ini.

“Sudah lama sebenarnya tidak menghasilkan lagu duet setelah kali terakhir bersama Zul 2 By 2 belasan tahun yang lalu. Ini merupakan kolaborasi semula dan saya teruja menantikan maklum balas daripada peminat,” kata Liza lagi.

Tambah pemenang Vokal Terbaik, Anugerah Juara Lagu ke-17 menerusi lagu Gelisah Mimpi ini lagi, dia tertarik saat kali pertama mendengarkan lagu Bahagiakan Dia.

Jelasnya, dia menganggap karya ini mudah diterima dan bersifat easy listening untuk mereka yang baru pertama kali mendengarkannya.

Untuk rekod Bahagiakan Dia sudah dilancarkan secara rasmi pada 30 Jun lalu manakala video muzik pula disiarkan pada 5 Julai lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 13 Dec 2020
Hiburan Tue, 11 Dec 2018

Tak Mahu Dikata Lembik, Wan Sharmila Idam Watak Aksi Untuk 2019

Maksud saya bukanlah lasak macam dalam filem Paskal. Saya teringin melakonkan watak lasak tanpa menggunakan bantuan stunt man.

Hiburan Tue, 30 Jul 2019

Sufian Suhaimi Kembali Bercinta?

Tanpa berselindung, Sufian mengaku meminati Jasmine yang kali pertama ditonton ketika mengendalikan program sukan bola sepak.

Featured Fri, 23 Dec 2022

Alif Satar Bersyukur Dapat Rasa Hujan Di Makkah – “Ini Memang Rezeki Hari Jumaat…”

Pelakon dan penyanyi Alif Satar bersama kumpulannya, The Locos berada di Tanah Suci bagi mengerjakan ibadah umrah. Artikel Berkaitan: Alif Satar Gembira Dapat Jumpa Mufti Menk Di Madinah – “Dia Muncul Dan Solat Sebelah Saya” Baru-baru […]

Hiburan Fri, 8 Dec 2023

Bimbang Trend Teknologi AI, Fatin Afeefa Jadi Takut Kongsi Wajah Anak-Anak

Zaman sekarang ni sangat membimbangkan ya, macam-macam boleh jadi 😭😭

Featured Thu, 25 Apr 2024

Sarah Yasmine Dedah Caprice ‘Dalang’, Siap Susun ‘Plan’ Untuk Aliff Aziz & Ruhainies – “Semua Benda Datang Dari Dia”

Pergh! Better jaga tepi kain sendiri je lah Cap. Tak pasal-pasal family awak terpalit kecaman😪

Hiburan Wed, 17 Jan 2018

Ciri-ciri Gadis Idaman Aiman Tino

Mungkinkah anda mempunyai ciri-ciri gadis idaman Aiman Tino