Featured By: Aqilah Paharuzi March 5, 2022 @ 4:48pm

Pesakit Berisiko Tinggi Covid-19 Bakal Menerima Ubat Antiviral Pfizer 2 Minggu Lagi

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan ubat antiviral, Paxlovid keluaran Pfizer akan tiba bulan ini selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memuktamadkan urusan pembelian bulan lalu. 

Menurutnya, seramai 110,000 pesakit Covid-19 berisiko tinggi bakal menjadi kelompok pertama untuk mendapat rawatan menggunakan ubat antiviral ini yang dianggarkan akan tiba dalam masa dua minggu lagi. 

Tambahnya lagi, Khairy menyifatkan ketibaan ubat antiviral itu  dianggap sebagai ‘senjata’ dan usaha negara dalam membanteras dan membendung wabak Covid-19 yang semakin melonjak naik. 

Ia menjadikan lebih banyak senjata yang akan digunakan kita dalam melawan Covid-19,” katanya ketika melancarkan Persidangan Tahunan Dialisis, di Kuala Lumpur. 

Sementera itu, Khairy juga berkata sekiranya usaha mereka dalam merawat pesakit Covid-19 menggunakan ubat antiviral itu berhasil, maka pihak kerajaan akan melaksanakan perolehan kedua.

Kalau kita dapati penggunaan berkesan, kita akan tambah dari Pfizer. Ada dua lagi kita akan beli iaitu dari Molnupiravir dan AstraZaneca, namun ia belum dimuktamadkan lagi,” katanya. 

Sumber: Berita Harian 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 3 Nov 2022

“Boleh Ke Nazim Othman Ni Jadi Kelakar?” – Ruhainies

Ruhainies dan Nazim Othman berlakon bersama

Featured Tue, 21 Dec 2021

Finalis Lagu Cinta Kita 3 Bakal Bawa Kejutan Di Pentas Akhir

Pada Ahad yang lalu, kita sudah menyaksikan empat pasangan Lagu Cinta Kita 3 (LCK3) berjaya mara ke pentas akhir yang akan berlangsung 26 Disember ini. Empat pasangan yang akan beraksi di pentas akhir nanti ialah […]

Trending Sun, 28 Mar 2021

“The Jabal Rahmah” – Pelamin Neelofa & PU Riz Berinspirasikan Pergunungan Di Mana Adam & Hawa Dipertemukan

Selebriti popular, Neelofa mendedahkan pereka majlis perkahwinannya berjaya merealisasikan keseluruhan dekorasi hanya dalam masa sebulan sahaja. Neelofa yang baru sahaja bernikah dengan pendakwah selebriti, Haris Ismail atau PU Riz semalam bersyukur kerana acara pernikahannya berjalan […]

Trending Sun, 11 Apr 2021

Selepas 16 Tahun, Mirwana Kembali Bersama Faizal Tahir

Selepas 16 tahun, Mirwana kembali ‘bersatu’ bersama penyanyi dan komposer popular, Faizal Tahir menerusi lagu Aku Tanpa CintaMu 2021. Setelah sekian lama, rata-rata netizen berasa amat teruja dan meniggalkan komen yang baik setelah melihat posting […]

Trending Thu, 6 Apr 2023
Featured Wed, 12 Oct 2022

Lama ‘Menyepikan’ Diri Di Media Sosial, Ameera Khan Kini Dilihat Muncul Dengan Imej Baharu!

Masya-Allah…. makin ayu min tengok Ameera sekarang 😍 Semoga terus istiqamah!