Menurut sumber, apa yang lebih membimbangkan perbuatan ini merupakan tanda anda mengalami penyakit mental atau ‘hoarding disorder’, seperti yang dilaporkan oleh Psychology Today. Berikut merupakan lima kesan buruk bagi anda yang terlalu suka menyimpan barang-barang lama.
Kredit: houselogic.com
Ramai anatara kita yang suka membeli barang berlebihan dengan alasan tidak perlu susah-susah keluar lagi untuk membeli apa-apa serta lebih mudah kerana semua yang diperlukan sudah tersedia.
Tetapi hakikatnya adakalanya kita sebenarnya tidak memerlukan barangan tersebut dan akhirnya ianya hanya akan disimpan tanpa digunakan selama bertahun-tahun.
Perkara ini akan membuatkan kediaman kita menjadi sempit dan sesak dengan barangan yang tidak diperlukan. Ia secara tidak langsung akan membuatkan hidup tidak selesa dan boleh mengganggu rutin harian kita.
Kredit: hdfootagestock.com
Kajian membuktikan bahawa menyimpan barang berlebihan merupakan salah satu punca yang boleh menyebabkan kita makan berlebihan.
Bagi yang pernah menonton rancangan realiti TV ‘Hoarders’, pasti perasan bahawa kebanyakan mereka yang suka mengumpul barang adalah terdiri daripada mereka yang bersaiz besar.
Bagi yang tertanya-tanya bagaimana semua itu boleh berlaku, sebenarnya suasana berselerak boleh membuatkan seseorang berasa tertekan dan tekanan yang dialami boleh menyebabkan seseorang makan berlebihan dan apa yang lebih membimbangkan mereka lebih cenderung untuk makan makanan yang tidak berkhasiat.
Kredit: smh.com.au
Barang yang bertimbun bukan sahaja menyakitkan mata malah turut menyesakkan kepala. Keadaan ini boleh membuatkan seseorang mudah hilang fokus terhadap kerja. Jadi, bagi anda yang mempunyai ruang kerja yang bersepah atau bertimbun dengan barang-barang yang tidak dipakai kenapa tidak anda buangkannya atau mengalihkanya ke tempat lain supaya tidak mengganggu kerja-kerja anda?
Kredit: indiatoday.com
Sedarkah anda bahawa minda yang serabut tidak dapat menapis maklumat yang ada di dalam otak sama ada maklumat tersebut berguna atau sebaliknya. Maklumat ini dinamakan ‘mental clutter’ dari sudut psikologi dan ia adalah salah satu punca utama kepada masalah nyanyuk pada usia tua.
Ia bermula dengan pemikiran yang tidak tenang yang akhirnya akan mengakibatkan otak tidak dapat memproses maklumat dengan efisyen. Otak terpaksa bekerja lebih akibat daripada persekitaran yang tidak teratur.
Kredit: people.com
Orang yang suka sangat kumpul barang yang tidak digunakan bukan sahaja memberi kesan negatif kepada diri sendiri malah turut memberi kesan kepada ahli keluarga yang lain. Mereka turut akan berasa sesak dan lemas dengan barangan yang bertimbun.
Apa yang lebih membimbangkan, mereka yang suka menyimpan barang-barang lama ini dikatakan lebih sukar membaca riak wajah orang lain terutama keluarga mereka. Kesannya, mereka semakin kurang mengambil berat tentang perasaan ahli keluarga kerana emosi yang kelihatan sama setiap hari malah mereka semakin obses dengan barang-barang mereka saban hari.