Hiburan By: SGMS Faida March 16, 2019 @ 1:02pm

‘Popular Biarlah Atas Usaha Sendiri’- Ernie Zakri Sentiasa Ingat Pesan ‘Pak Ngah’

Bergelar anak saudara kepada penyanyi terkenal Anuar Zain bukanlah tiket menjadikan dirinya mudah menempa populariti.

Akui Ernie Zakri, dia sentiasa memegang pesanan daripada ‘Pak Ngahnya’ itu agar sentiasa berusaha membina nama sendiri tanpa berpaut mana pihak lain.

“ Beliau antara individu yang selalu berkongsi nasihat. Apa saja kekeliruan dalam bidang nyanyian, pasti saya akan rujuk kepadanya.

“ Salah satu pesanan Pak Ngah yang saya selalu ingat ‘Kalau popular itu biarlah hasil sendiri bukan bantuan orang lain’. Sebab itu dari dulu saya lebih selesa dikenali sebagai Ernie Zakri dan bukan anak buah Anuar Zain atau Ziana Zain,” katanya ketika ditemui di majlis E! Media Prima TV Networks di Hotel W, baru-baru ini.

Kerjaya seni Ernie terus berkembang selepas diangkat sebagai pemenang Vokal Terbaik menerusi lagu Aku Cinta duet bersama Syamel pada Anugerah Juara Lagu tahun lalu.

Kata pelantun Ku Bersuara ini, dia amat kagum dengan cara Anuar menempatkan nama di dalam bidang seni.

“ Tanpa kontroversi, beliau ada di kelas tersendiri. Saya sentiasa menjadikan beliau sebagai rujukan agar menjadi penyanyi lebih baik di masa akan datang.

“ Alhamdulillah, saya bersyukur beliau selalu percaya dengan bakat yang saya ada,” kata Ernie atau nama penuhnya, Nur Ernie Shahirah Zakri.

Sementara itu, mereka juga pernah berbincang untuk menghasilkan sebuah single duet bersama.

“ Pernah juga tanya cuma masa yang sesuai belum ada. Beliau juga sibuk dengan undangan persembahan, risau juga ganggu jadual kerjanya.

“ Insha Allah jika ada masa sesuai saya mahu berduet dengan beliau dalam sebuah single. Bila dan konsep apa, hanya masa akan menentukan,” akhirinya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 28 Feb 2023

Gosip Selebriti 80-an Kahwin Wanita Muda, Netizen Petik Nama ND Lala… Isteri Pula Kongsi Foto Sempena Anniversary Ke-35

Haa, tak baik tau fitnah. ND Lala bahagia je sambut anniversary ke-35 tahun dengan isteri 🤩🤩

Featured Sun, 29 Aug 2021

Saling Mengenali Hati Budi, Najwa Latif Akui Sudah Berpunya

Walaupun sudah lama tidak muncul di kaca televisyen namun penyanyi tersohor, Najwa Latif dilihat masih lagi aktif memuat naik video nyanyiannya di media sosial. Baru-baru ini, Najwa memuat naik video di laman TikToknya yang seakan […]

Hiburan Fri, 30 Aug 2019

Pengalaman Mematangkan Fasha Sandha

Kita hidup hanya sementara, buang jauh benci dan sengketa

#BabyXTRA Fri, 7 Apr 2023

#BabyXTRA: Hamil Anak Kedua Buat Emma Maembong Lebih Matang… Elak Sifat Boros!

Semoga selamat bersalin anak kedua Emma! 🥰❤️

Hiburan Fri, 19 Jul 2019

‘Saya Masih Tunggu’-Eizlan Yusof

Eizlan mengadakan sidang media tergempar bagi menuntut permohonan maaf daripada PDRM

Featured Thu, 15 Sep 2022