Featured By: Arfah December 15, 2021 @ 3:36pm

“Pornografi Musnahkan Minda Saya” – Billie Eilish Akui Mula Menonton Video Lucah Semenjak Usia 11 Tahun

Penyanyi popular antarabangsa, Billie Eilish, 19, mendedahkan mengenai ketagihannya menonton pornografi bermula dari usia 11 tahun.

Menurut Billie, perkara itu telah menjejaskan dirinya ketika dia mula berhubungan dengan lelaki.

“Saya rasa video lucah adalah memalukan. Sejujurnya saya pernah menonton banyak video lucah. Saya mula menonton ketika saya berumur 11 tahun,” kata Billie semasa temu bual bersama Howard Stern Show di Sirius XM radio pada Isnin.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Happier Than Ever itu berkata, pada awalnya dia menganggap dengan menonton video lucah, ia akan membuatkan dia berasa hebat.

Namun begitu, dia menderita dengan mimpi ngeri kerana sesetengah video yang dilihat mengandungi kandungan yang ganas dan membabitkan penderaan.

“Saya rasa ia betul-betul memusnahkan minda saya dan saya rasa amat sedih kerana saya terdedah kepada banyak pornografi,” tambah Billie.

Penyanyi berumur 19 tahun itu juga terkenal dengan lirik-lirik lagunya yang menggambarkan tekanan dan kesedihan.

Dalam album terbaru Billie, Happier Than Ever, terdapat lagu berjudul Male Fantasy di mana Billie menyanyikan tentang berada di rumah keseorangan dan cuba untuk melupakan apa yang berada di fikirannya dengan menonton pornografi.

Billie akui dia amat marah dengan dirinya sendiri kerana berfikiran jika dia menonton banyak video lucah, ia tidak memberikan sebarang kesan.

“Pada awal saya melakukan hubungan seks, saya tidak tahu untuk berkata tidak kepada perkara yang memudaratkan kerana saya fikir itulah sepatutnya yang saya lakukan,” kata Billie yang memberitahu pornografi banyak mempengaruhi cara pemikirannya terhadap hubungan seks yang tidak bagus.

Dia juga terkenal dengan cara pemakaiannya yang lebih terarah kepada baju serta seluar yang besar dan labuh kerana dia tidak mahu orang lebih terarah kepada bentuk badannya.

Sementara itu, Billie turut memaklumkan dia sebelum ini pernah dijangkiti wabak Covid-19 pada bulan Ogos di dalam temu bual yang sama.

“Saya rasa jika saya tidak divaksin saya mungkin akan mati kerana ia sangat teruk,” kata Billie.

Sumber: The Guardian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 14 Oct 2018

Al- FATIHAH…Saleem Meninggal Dunia

Al- Fatihah… Salam Takziah buat seluruh keluarga Allahyarham Saleem. Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan kepada keluarga & menempatkan roh arwah bersama golongan orang-orang beriman.

Hiburan Tue, 11 Sep 2018

Pengunjung Kelab Malam Kecewa Dengan Sikap Dua Selebriti Ini?

I used to respect them since dorang dah pakai tudung. I heard a lot of gossips about them. Ni bila dah tengok depan mata & cari pasal dengan kitaorang, I lose respect, sumpah hilang respect. They’re so cheap.

Featured Mon, 24 Jun 2019

Hukuman mati menanti mereka yang berswafoto di pantai ini, biar betul?

Berswafoto atau membahayakan nyawa ratusan orang?

Events Fri, 27 Jul 2018

#daiTV3 : Agaknya Siapakah Dai’ Yang Bakal Tersingkir?

#daiTV3 akan menampilkan kembali 10 orang bakal pendakwah nusantara yang akan tampil dengan isu dakwah terbaharu yang diberikan sebagai tugas mereka untuk minggu kedua ini. 

Hiburan Thu, 9 Jan 2020
Hiburan Wed, 18 Oct 2023