Filem By: Attiqah Mohd August 20, 2019 @ 6:47pm

Primeworks Studio Pengedar Rasmi Dendam Pontianak, Filem Seram Merinding Kerjasama Dua Negara

Primeworks Studios mengumumkan menjadi pengedar rasmi di Malaysia untuk filem seram ‘DENDAM PONTIANAK’ yang diterajui oleh Nur Fazura dan Remy Ishak yang akan berada di pawagam Malaysia mulai 12 September 2019. Kerjasama ini merupakan yang pertama antara Primeworks Studios dengan syarikat produksi filem dari Singapura, Tiger Tiger Pictures. 

‘DENDAM PONTIANAK’, ialah sebuah filem yang diarahkan dan ditulis oleh Glen Goei dan Gavin Yap, mengenai kehidupan sepasang suami isteri yang baru sahaja berkahwin dan dibelenggu dengan ‘DENDAM PONTIANAK’, yang memaksa mereka terjerumus ke lembah pengkhianatan, ilmu hitam dan pembunuhan. 

’Pontianak’ dalam mitos negara Asia Tenggara merujuk kepada roh wanita mengandung yang mati ketika sedang melahirkan anak yang dipenuhi dengan dendam. Ia merupakan salah satu cerita dongeng seram Asia yang paling digeruni, tetapi pada hakikatnya Pontianak adalah sebuah kisah tragis tentang cinta dan kehilangan.

Mitos tentang Pontianak ini adalah satu cara yang sempurna untuk menggabungkan elemen yang menjadikannya sebagai sebuah kisah tragis Asia dan menakutkan dan unik untuk tatapan penonton global tentang genre seram. Dengan adanya filem ini, pengarah dapat menghargai filem seram yang ditambah juga unsur revisionism dan kontemporari.

“Ia sememangnya satu pengalaman yang bermakna dapat berpeluang untuk bekerjasama dengan barisan pelakon yang hebat. Kami juga sangat berbesar hati apabila Primeworks Studios bersetuju menjadi rakan pengedar rasmi filem ini di Malaysia. Semangat dan keupayaan Primeworks Studios memasarkan filem-filem unik membuatkan kami lebih percaya ianya satu langkah dan kerjasama yang ‘ideal’ untuk kami”, kata Glen Goei dan Gavin Yap dalam satu kenyataan bersama.

“Kami di Primeworks Studios sentiasa mahu memperluaskan lagi rangkaian pemasaran dan pengedaran filem kami, ianya sangat penting bagi kami membina hubungan yang kukuh dalam mengetengahkan elemen filem serantau ini. Kami juga sangat teruja untuk bekerjasama dengan Tiger Tiger Pictures untuk mengedar dan memasarkan filem seram-romantik ini. Kami juga sangat teruja untuk mempersembahkannya kepada semua penonton dan para peminat di Malaysia untuk menikmati filem yang sangat dinanti-nantikan ini”, ulas Puan Nor Shahila Shah, Pengurus Besar Filem dan Drama, Primeworks Studios.

Turut membintangi filem seram-romantik ini adalah Hisyam Hamid, Shenty Feliziana, Nam Ron, Tony Eusoff, Nadiah M.Din, Wan Hanafi Su, Nadia Aqilah dan Nik Harraz Danish. 

Selain itu, salah satu kelebihan untuk filem ini adalah gabungan krew produksinya yang sangat berbakat dari negara-negara serantau antaranya ialah Penataan Busana oleh Akma Suriati Awang, Penyunting hebat filem Shutter oleh Lee Chatametikool, Penataan Bunyi oleh Akritchalerm Kalayanamitr (pemenang Cannes Palme d’Or untuk Uncle Boomee Who Can Recall His Past Lives), Perunding Visual oleh Christopher Doyle (In The Mood For Love) dan Pengarah Sinematografinya oleh Jon Keng. 

Dato’ Seri Siti Nurhaliza juga tampil dengan lagu terbaru bertajuk ‘Kekasihku Selamanya’ yang menjadi runut bunyi utama bagi filem ini. Berkongsi pengalaman ketika merakamkan lagu ini, ini adalah pertama kali beliau menyanyikan lagu untuk sebuah filem seram yang ia telah dijalankan sekitar tiga bulan lalu. Menurutnya, lagu tersebut mempunyai aura seram yang tersendiri yang dicipta oleh komposer terkenal Aubrey Suwito dan lirik oleh Ad Samad.

Dendam Pontianak, mula mengilai di pawagam Malaysia mulai 12 September 2019.

Untuk info lanjut mengenai ‘DENDAM PONTIANAK’, layari 

#DendamPontianak 

#HanyamuSelamanya

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Filem Tue, 5 Jun 2018

八度空间《假面2》造势活动!611约定你

八度空间乘势出击,聚集了《假面2》3位主要演员黄启铭、吴俐璇和吕杨一起出席即将在KLCC举行的「第13届海外华文书市」,于6月11日(星期一),下午3时,与现场观众分享喜悦和拍摄点滴!

Filem Mon, 20 Nov 2017

动画电影《超人总动员2》13年后终于迎来续集

13年前,皮克斯动画工作室(PIXAR)推出了一部超级英雄电影《超人总动员》(The Incredibles),虽然没有引起像《玩具总动员》(Toy Story) 那般的轰动,但观众们对它仍持有非常大的兴趣,它成为了有史以来票房最高的动画电影之一。

Filem Fri, 20 Sep 2019

新人还是奇兵?好声音导师排兵布阵再出奇招

《中国好声音》本周将有一些从未在此前对战中出现过的学员们登台亮相,新鲜的嗓音令在座的导师和评审们都惊艳不已,到底他们能否力挽狂澜,再出奇迹?

Featured Mon, 6 Nov 2023

Fattah Amin & Fazura Bergabung Dalam Prekuel Mat Kilau?

Wah, mesti gempak ni berlakon suami isteri❤️‍🔥❤️‍🔥

Filem Fri, 16 Mar 2018

重温感动!那些你不容错过的经典电影

周末时间,一杯咖啡和一部经典的影片,简直就是非一般的享受!从暖心电影到搞怪喜剧,再到刺激恐怖片,里头深入民心的荧幕角色,加上让人记忆犹新的温暖对白,绝对是珍藏中的经典,少看一部都是损失!

Filem Wed, 17 Apr 2019

‘We Are No Longer 3’- Shaheizy Sam Timang Anak Kedua

Alhamdulillah, tahniah Sam & Tilla!

Filem Mon, 4 Mar 2019
Filem Fri, 10 Nov 2017

【好消息】 50%优惠价升级成为tonton VIP

tonton目前乃是马来西亚互联网电视平台中的第一名,为回馈用户tonton特别推出促销活动。从2017年11月1日起至2017年12月31日,用户将可以透过“超级英雄配套”以50%的优惠价升级成为tonton VIP。