Acara By: Yanie Baharom June 25, 2018 @ 11:00am

Promosi Filem Pulang Di Pavilion Kuala Lumpur Happening!

Sebahagian besar babak di dalam filem Pulang  menggunakan imej janaan komputer yang memerlukan pelakon mewujudkan sendiri dunia imaginasi melalui skrin hijau yang menjadi tabir set.

Selaku teraju utama, Remy Ishak, berkata, untuk dirinya membayangkan detik cemas dipukul ombak di tengah lautan tanpa mengetahui setinggi dan sebesar mana gelombang ombak apalagi tidak pernah mempunyai pengalaman sebegitu di dalam dunia realiti, memang cukup menguji kemahirannya sebagai pelakon.

“Kebanyakan adalah dunia baru yang diwujudkan bukan keadaan nyata. Pelakon kena bayangkan setiap situasi sebelum proses CGI dilakukan. Pemahaman pelakon lain, kehendak pengarah lain dan pengarah CGI juga berbeza.

“Pokoknya filem ini menuntut imaginasi besar daripada pelakon yang terbabit dalam babak CGI. Paling mencabar adalah babak kapal terbalik yang kami lakukan di Titiwangsa.

“Kapal yang berada dalam keadaan tergantung itu diterbalikkan sehingga menyebabkan saya dan jurukamera termasuk props yang ada berpusing dan terguling-guling di dalam kapal yang dibina khas untuk filem ini,” katanya memegang watak Othman.

Cabarannya kepada Puteri Aishah pula, memainkan watak remaja dan wanita berusia yang memerlukannya disolek menggunakan solekan kesan khas selama 4 jam.

Foto: Khairul Azhar Ahmad

“Penggunaan banyak bahan seperti latex untuk menghasilkan kedutan dan proses solekan yang panjang memerlukan kesabaran yang tinggi.

“Apabila wajah sudah dituakan, suara saya juga harus kedengaran lebih matang tetapi dengan keadaan suara asal saya yang kecil memang sangat mencabar untuk berbuat demikian.

“Bukan itu saja saya perlu  memahami seksanya perasaan seorang isteri yang kehilangan suami sedangkan saya belum pernah berkahwin atau kehilangan orang-orang terpenting dalam hidup saya.

Cabaran lain ialah untuk mengatasi ketakutan pada air yang dalam. Di mana ada satu babak saya bersama seorang pelakon, kami perlu mendayung di tengah muara. Kerana tidak mahu saya panik, kru termasuk pelakon berkenaan merahsiakan di muara itu ada buaya. Mujur tidak berlaku sebarang insiden yang tidak diingini,” katanya memeggang watak Tom isteri kepada Othman.

Ditemui di acara promosi Pulang yang berlangsung di pusat membeli-belah Pavilion semalam, turut menemani Remy dan Puteri Aishah adalah pelakon Azrel Ismail, Erwin Dawson dan Alvin Wong.

Terdahulu acara promosi filem arahan Kabir Bhatia terbitan Primeworks Studios ini, sudah menjelajah di beberapa lokasi di luar Kuala Lumpur.

Menurut Remy, sepanjang kesempatan mempromosikan filem dengan kos pembikinan RM6 juta itu, ramai peminat menyatakan keterujaan mereka untuk melihat CGI yang digunakan di dalam Pulang.

Foto: Khairul Azhar Ahmad

“Peminat yang datang bertemu kami sering beritahu tak sabar menanti tayangan filem ini kerana mahu menikmati cerita yang disajikan.

“Selain itu, mereka juga ingin melihat sendiri elemen imej janaan komputer (CGI) yang dimasukkan dalam filem ini,” katanya

Pulang adalah sebuah naskah inspirasi daripada kisah hidup datuk kepada Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Ahmad Izham Omar.

Karya tulisan Mira Mustaffa ini menceritakan kelasi kapal Melayu yang ketika itu berpengkalan di Melaka pada 1940-an hingga 2010.

Pelbagai rangka promosi diatur oleh Primeworks Studios untuk menarik kehadiran peminat agar memenuhi pawagam untuk menonton.

Sesi promosi di Pavilion misalnya,  peminat diajak menyertai permainan lakon semula babak dalam filem yang cukup menarik membabitkan kelima-lima pelakon berkenaan. Mereka kelihatan sangat teruja dapat berselfie dengan barisan pelakon yang hadir. Happening habis!

Foto: Khairul Azhar Ahmad

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Mon, 13 Feb 2023
Acara Thu, 15 Jun 2023
Acara Mon, 8 Jun 2020
Acara Wed, 20 May 2020

Jenama kecantikan Korea, Mamonde jalin kerjasama dengan Umma

Tampil cantik dan anggun pada Aidilfitri

Acara Mon, 2 Dec 2019

DBP lancar tujuh buku panduan kesihatan dalam bahasa Melayu

Kandungan bermanfaat untuk ibu bapa dan wanita

Acara Tue, 17 Sep 2019

Koleksi Musim Luruh-Sejuk 2019 Safilo tampil kelainan

Penuh gaya dengan bingkai yang menarik dan aksesori yang berkilau!

Acara Fri, 29 Sep 2023

Meriahnya! Lebih 20 Makanan Viral… Jom Ke Top Viral Food Festival Di Sunway Putra Mall

Wow! Menariknya..Jom ke Top Viral Food Festival di Sunway Putra Mall hujung minggu ni

Acara Sun, 4 Dec 2022
Acara Fri, 27 Jul 2018

Mempunyai Ciri Simple, Urban & Expressive, Zahirah Macwilson Dipilih Menjadi Duta Meeracle Yang Baharu

Memamg layak Zahirah Macwilson jadi duta Meeracle sebab dia memang cantik!