Featured By: Maya Basir April 5, 2022 @ 12:59pm

‘Puasa’ Instagram, Laudya Cynthia Bella mahu fokus ibadah

Bulan Ramadan merupakan bulan yang penuh berkat bagi seluruh umat Islam untuk mengerjakan ibadah puasa dan berbuat kebaikan.

Aktres cantik dari negara jiran, Laudya Cynthia Bella, memberitahu para pengikutnya di Instagram bahawa dia akan ‘berpuasa’ sepanjang bulan Ramadan ini.

“Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan Ikhtisab maka dosa-dosanya lalu akan diampuni.’ (Hr Imam Al Bukhari dan Imam Muslim).

“Insya-Allah, sepanjang Ramadan Instagram saya akan dijalankan oleh grup admin.

“See u soon yaaa.. Selamat ibadah teman-temanku,” tulisnya.

Akaun Instagram bekas isteri kepada Engku Emran yang memiliki lebih 35.8 juta pengikut akan dikendalikan oleh ‘admin’.


Pengumuman Bella untuk berehat daripada dunia media sosial tersebut dimuat naik dengan sekeping swafoto dirinya yang mengenakan pakaian serba hitam.

Hasrat Bella ternyata mendapat reaksi positif pengikutnya dengan iringan ucapan Ramadan dan doa-doa yang baik untuk pelakon itu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 4 Dec 2020
Featured Mon, 4 Apr 2022
Hiburan Thu, 31 Oct 2019
Trending Sun, 10 Nov 2019

MH360 KUL-Beijing Patah Balik Kenapa?

MH360 patah balik jadi takutan buat para netizen , agar insiden MH370 tidak berulang

Featured Mon, 15 Jun 2020
Hiburan Wed, 2 May 2018

Fikir Sebelum Cakap – Nita Hamzah

Kecaman mula timbul apabila netizen menganggap gaun pengantin Nita dilihat terlalu seksi dan jarang terutama pada bahagian bahu hingga dadanya.

Trending Thu, 1 Nov 2018
Hiburan Wed, 2 Aug 2023

Yuna Bakal Buat Konsert 22 Oktober Ini, Peminat Luah Rasa Teruja

Fuhhhhh, tak sabarnya min nak tunggu konsert Yuna! Confirm gempak nii 🥳🥳