TECH By: SGMS Putri July 23, 2018 @ 9:04am

PUBG Buang Topeng “Rising Sun” Dari Dalam Permainan

Di dalam permainan PUBG, pemain diberi pilihan untuk melengkapkan diri mereka dengan barangan-barangan yang boleh dicari sepanjang permainan berjalan.

Barangan-barangan terdiri daripada pakaian, kelengkapan perang serta senjata api dari pelbagai jenis tetapi baru-baru ini, syarikat pembangun mungkin tersilap langkah dengan menambah barangan yang menimbulkan kontroversi.

Topeng dengan imej Rising Sun ditambah ke dalam permainan yang mana ia mengundang kontroversi kerana logo matahari terbit itu pernah digunakan oleh tentera Jepun suatu ketika dahulu sewaktu mahu memperluaskan kawasan jajahan ke negera terdekat seperti Korea Selatan dan China.

Bertindak pantas selepas menerima laporan, syarikat pembangun iaitu Bluehole telah membuang barangan itu dari permainan dan menawarkan bayaran balik bagi pemain yang sudah membelinya.

Bukan topeng Rising Sun sahaja yang mendapat perhatian negatif tetapi pemain turut mengenalpasti bot dengan nama Unit 371, menyamai bot yang digunakan Jepun dahulu.

Unit 371 dahulu dikenali sebagai divisyen perang yang tidak mengenal erti kemanusiaan kerana menyiksa tahanan yang kebanyakkannya dari China, Korea Selatan dan Rusia. Sepertimana topeng itu, Unit 371 juga sudah ditarik balik dari permainan.

Permainan tembak-tembak ini sudah mempunyai 400 juta orang pengguna aktif seluruh dunia dari pelbagai platform, sama ada komputer, iOS, Android atau Xbox One.

Sumber: Gamerant

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Mon, 13 Jan 2020
LIFESTYLE Thu, 5 Apr 2018

Ketagihan Bermain Permainan Video Merupakan Satu Penyakit – WHO

Ketagihan permainan video sememangnya semakin serius sejak kebelakangan ini. Ramai di antara kita yang menganggap bermian permainan video selama 5 ke 6 jam sehari itu adalah normal.

TECH Mon, 1 Apr 2019

AirPower掰掰!苹果证实:取消无线充电板上市计划

2017年发表一次帮iPhone、Apple Watch、AirPods三款装置充电的无线充电板AirPower,延迟上市两年多后,官方证实取消上市计划。

TECH Sun, 18 Feb 2018

Tips Kesan Malware Menggunakan Pelayar Chrome

Tahukah anda bahawa Chrome telah tersedia dengan satu fungsi khas untuk mengesan “Malware” yang terdapat dalam PC anda?

TECH Sat, 9 Jun 2018

Tips Penjagaan Adapter Laptop

Cara-cara bagaimana ingin menjaga adapter laptop anda untuk jangka masa yang lama.

TECH Tue, 24 Jul 2018

Versi 4GB ASUS ZenFone Max Pro M1 Mula Ditawarkan Dalam Negara

Peranti kelas pertengahan yang memfokuskan kepada permainan, ASUS ZenFone Max Pro M1 telah diperkenalkan di Malaysia pada 31 Mei lalu. Mempunyai 3 variasi pilihan iaitu, RAM 3GB/ 32GB, RAM 4GB/64GB dan RAM 6GB/ 64GB, namun versi RAM 4GB telah ditangguhkan sehingga ke […]

TECH Thu, 29 Nov 2018

网红拍片新利器!号称四秒安装的摄影脚架

许多人图个出国方便,只带台手机和类单包办所有照片,回来放大细看,才扼腕各种花式手抖破坏了一辈子一次的合影机会。到底有没有轻盈不占空间、又能迅速架好的固定器呢?

LIFESTYLE Wed, 15 Jan 2020

Kongsi Tips Kawal Suis Rumah Guna Suara

Ubah Sistem Elektrik Macam Rumah ‘Iron Man’, Lelaki Ini Kongsi Tips Kawal Suis Rumah Guna Suara

TECH Sat, 14 Jul 2018

Xiaomi Mijia Quartz Watch – Jam Pintar Dengan Harga Mampu Milik

Xiaomi yang terkenal dengan peranti telefon pintar mampu milik kini hadir dengan satu lagi produk dengan paras harga yang sama iaitu Mijia Quartz Watch. Ini merupakan sebuah lagi produk jam tangan pintar dibawah jenama mereka selepas Mi […]

TECH Wed, 29 Aug 2018

Ketahui Cara Untuk Kembalikan Butang ‘View Image’ Pada Carian Gambar Google

Terdapat cara lain untuk mencari gambar yang telah anda cari sebelum ini tanpa menggunakan butang ‘history’ pada ‘Browser Chrome’ anda.