Featured By: Aqilah Paharuzi September 7, 2022 @ 2:48pm

Puteri Balqis Buat Laporan, Polis Siasat Bapa Didakwa Lakukan Gangguan Seksual

Pelakon remaja, Puteri Balqis, 15, akhirnya membuat laporan polis selepas membuat pendedahan ‘berani mati’ menjadi mangsa gangguan seksual terhadap bapa kandungnya di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya.

Memetik laporan kenyataan media dimuat naik oleh wartawan bilik berita Media Prima, Mohd Redzuan Abdul Manap di Twitter miliknya, pihak polis mengesahkan terima laporan daripada aktres itu pada jam 10.25 malam, Isnin lalu.

Menurut Ketua Polis Subang Jaya, ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata, Puteri Balqis atau lebih mesra disapa Aqish dalam laporan tersebut menyatakan telah diganggu secara seksual serta tidak menjaga kebajikan oleh bapa kandungnya sejak tahun 2013 sehingga tahun 2017.

Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencabul, Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001 atas kesalahan mengabaikan seorang kanak-kanak dan Seksyen 202 Kanun Keseksaan atas kesalahan memiliki bahan lucah.

Menerjah ke ruangan media sosial, rata-rata netizen bersetuju akhirnya Aqish tampil berani membuat laporan polis setelah beberapa tahun menjadi mangsa gangguan seksual bapanya.

Namun, ada dalam kalangan netizen yang mempertikaikan bagaimana untuk mendapat bahan-bahan bukti bagi kes Aqish ini.

Artikel Berkaitan: Beri Pandangan Peribadi, Azhar Sulaiman Tak Setuju Cara Puteri Balqis – “Dia Masih Budak, Tak Ada Siapa Nasihat Dulu?”

Artikel Berkaitan: Kongsi Perbualan Bersama Foto Report Polis Atas al-Quran, Warganet Kurang Senang Dengan Rakan Bapa Puteri Balqis

Artikel Berkaitan: Bapa Puteri Balqis Buat Laporan Polis – “Wallahi, Tak Terniat Nak Buat Perkara Keji Itu..’

Artikel Berkaitan: “Walau Sesial Mana Ibuku…” – Luahan Hati Puteri Balqis & Ibu Buat Warganet Emosi

Artikel Berkaitan: Digelar S*ndal, Pengemis & Sengaja Jual Badan, Puteri Balqis ‘Sarkastik’ Bidas Netizen Puaka

Artikel Berkaitan: Disaran Ambil Dadah & Difitnah Kutip Sampah Dengan Ibu! Puteri Balqis Cadang Saman Netizen Tapi…

Sumber: Twitter

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 28 Nov 2019

Selepas 5 Tahun, Kini Kim Tae Hee Buat COMEBACK!

Kim Tae Hee bakal mainkan watak hantu?

Featured Fri, 9 Sep 2022

Selepas Berkongsi Video Menari Bersama Anak, Isteri Lan Solo Tempelak Netizen – “Letihla, Yang Benci Boleh Unfollow!”

Letih la asyik benci sana sini.. Tak suka unfollow. Enjoy-enjoy je pun – Isteri Lan Solo

Hiburan Fri, 23 Feb 2018

Faye自爆遭「踢出F.I.R.」网友怒洗版!

飞(Faye)22日自爆遭踢出F.I.R.(飞儿乐团),陈建宁随后也证实飞离开乐团,突如其来的消息震惊大票歌迷,回顾3个月前闹出合约问题时,飞曾感性发文。如今却无预警遭踢出,令不少网友气得上F.I.R.粉丝专页留言洗版!

Featured Thu, 26 Apr 2018

Kecederaan Di Kaki Punca Bagaimana Ummi Nazeera Tahu Dirinya Hamil

Perkhabaran gembira berhubung kandungannya yang memasuki empat bulan dikongsi pelakon Ummi Nazeera, 28, semalam, melalui akaun Instagram miliknya.

Trending Mon, 1 Mar 2021
Hiburan Sun, 30 Apr 2023
Featured Tue, 21 Sep 2021
Hiburan Thu, 10 Jan 2019

‘Nak Cakap Apa, Cakaplah’, Lan Typewriter Jawab Isu Guna Model Seksi Dalam Video Klip

Guna wanita seksi sebagai strategi pemasaran, apa kata Lan Typewriter?