Featured By: Ad Ops January 17, 2018 @ 9:23am

Putus Cinta : 8 Cara Bangkit Semula

Putus cinta setelah sekian lama menyulam kasih cukup memeritkan. Tapi mahu atau tidak, kehidupan wajib diteruskan. Menangis dan meratap pemergian orang yang pernah disayangi bukanlah caranya move on dan melupakan segala luka. Bangkitlah semula dengan penuh semangat, ini caranya:

1) Terima hakikat tiada jodoh

Setelah tak terkira kenangan manis dicipta bersama, sudah tentu susah melepaskan pergi. Tapi harus diingat, kalau sudah tidak tertulis dia jodohmu, tiadalah. Yakinlah, ada perancangan lebih baik diatur-Nya kerana Dia sebaik-baik perancang.

2) It’s not your loss, it’s their loss

Bila kita terlalu menyayangi sepenuh hati, namun dia masih tidak betah untuk kekal dalam hubungan, walaupun setelah segala komitmen, wang serta masa dilaburkan, percayalah dia yang sepatutnya rasa kehilangan, bukan anda.

3) Jangan ambil hati

Memang tidak dapat dielakkan untuk anda merasa tidak berguna, tidak cukup bagus untuk si dia dan percaya semuanya salah berpunca daripada anda. Mungkin ianya salah anda, mungkin anda boleh buat sesuatu yang lain, tapi kalau sudah ditakdirkan sebegitu, siapa kita menidakkan bukan? Jadi, jangan terlalu ambil hati dan menyalahkan diri sendiri.

4) Rasa perasaan anda

Susah, tapi wajib dibuat. Apa jua yang anda alami, rasakan sepenuh hati. Jangan sesekali sembunyikan atau abaikannya. Ambil masa untuk bersedih dan melepaskan segala rasa yang terpendam. Bebaskan semahumu. Asalkan tidak membiarkannya berlarutan, proses ini pasti menenangkan.

5) Tulis surat tak beralamat untuknya

Ya, tulis surat tanpa menghantarkan kepadanya. Mungkin kedengaran mengarut tapi sebenarnya cukup melegakan dalam menyembuhkan segala luka. Tuliskan segala apa yang mahu diluahkan kepadanya. Ataupun jika terasa mahu menghubunginya kerana rindu, tuliskan juga kerinduan dan kenangan yang menjengah di minda.

6) Kelilingi dengan rakan dan keluarga

Ya, anda telah kehilangan insan disayangi, namun harus diingatkan, masih ramai lagi yang menyayangi anda sepenuh hati. Malahan mereka sudah ada bersama anda sebelum si dia hadir dalam hidup lagi. Luangkan masa dengan keluarga dan rakan, gunakan sepenuhnya untuk ‘menebus’ kekhilafan sebelum itu.

7) Muhasabah diri

Semua orang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan, mungkin salah anda, mungkin juga dia, mungkin keduanya, siapa tahu? Muhasabah diri dan memeriksa kembali apakah punca sebenarnya kegagalan itu berlaku boleh menjadi pengajaran di masa depan.

Ini antara soalan yang boleh anda tanya pada diri sendiri:

  1. Apa yang aku belajar daripada hubungan ini yang boleh digunapakai dalam perhubungan seterusnya?
  2. Perkara apa dalam hubungan ini yang tak akan diulangi lagi?
  3. Kenapa aku bertahan walaupun hubungan ini takkan kemana?

8) Excited untuk hubungan seterusnya

Setelah anda tahu apa perasaan anda, tahu cara menyayangi diri sendiri dan belajar kesilapan lalu, tibalah masa untuk rasa teruja menghadapi hubungan baru dengan si dia yang lebih sesuai di matamu. Jangan terbawa-bawa dengan kenangan lalu, hiduplah sehidup-hidupnya!

 

Sumber : Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di :-

Baca artikel penuh di Aplikasi Wanita.

GooglePlay: bit.ly/WanitaAndroid

AppStore: bit.ly/WanitaApple

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Kes Mahkamah Fri, 22 Dec 2023
Featured Fri, 30 Jul 2021

Harapan Negara, Nur Dhabitah Mara Ke Separuh Akhir Olimpik Tokyo 2020

Penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri berjaya mara ke saingan separuh akhir acara terjun 3 meter (m) papan anjal individu wanita selepas mempamerkan aksi cemerlang dalam peringkat kelayakan di Pusat Akuatik Tokyo pada Jumaat. Nur Dhabitah […]

Trending Thu, 6 Dec 2018

‘ Nasib Saya Baik Kerana Kunci Kereta Lebih Awal, Kalau Tidak…’ Wanita Kongsi Detik Cemas Di Tempat Letak Kereta

Naluri saya mengatakan untuk kunci kereta pada waktu itu dan beberapa minit kemudian saya didatangi oleh beberapa…

Featured Mon, 4 Sep 2023

“Nak Jadi Penyanyi Ke, Nak Jadi Pengemis?” – Terima DM Berbaur Hinaan, Nadeera Sebak

“Saya tak ada muka yang lawa, tak ada duit yang banyak, tak ada harta yang melimpah tapi, saya ada semangat yang tak akan luntur”. Demikian respons penyanyi berbakat, Nadeera apabila dia tampil berkongsi tangkap layar […]

Featured Tue, 2 Aug 2022
Featured Thu, 13 Jan 2022

HKL Kenal Pasti Pegawai Farmasi Biadab, Bakal Ambil Tindakan

Adab tu penting dik, tak kiralah nak handle macam mana sekalipun…

Cahaya Mata Thu, 22 Dec 2022

Hantar Anak Check Up Dentist, Alih-Alih Gigi Fizo Omar Yang Kena Cabut!

Pelakon Fizo Omar terkejut apabila mengetahui dia masih memiliki gigi bongsu biarpun sudah menginjak usia 40 tahun.   View this post on Instagram   A post shared by Fizo Omar (@fizoomar) Perkara tersebut diketahui Fizo […]