Bekas pemain dram OAG, Qi Razali menerima kunjungan kejutan daripada vokalisnya, Radhi ke rumahnya bersempena Hari Raya Aidilfitri.
Terdahulu, pengunduran diri Qi daripada kumpulan OAG menimbulkan tanda tanya jika berlaku pergaduhan antara mereka namun kunjungan tersebut seolah-olah menjawab spekulasi itu.
ARTIKEL BERKAITAN: “Okay, Enough OAG.. Q Is Me Again,” – Konsert 30 Generasiku Persembahan Terakhir Qi Razali
ARTIKEL BERKAITAN: “Kami Bukan Berkawan Baru 3 Hari…” – Qi Razali Umum Keluar OAG, Percaya Radhi Boleh Kendali
Menerusi ciapannya di Twitter, pertemuan itu tidak dirancang dan mereka saling bermaaf-maafan.
“Surprise visit, bermaafan tu penting,” ujarnya di kapsyen.
Surprise visit 😀 Bermaafan tu penting. pic.twitter.com/2wa9s57iag
— Qi Razali (@QiRazali0808) April 26, 2023
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat tumpang gembira dan bersyukur hubungan mereka sudah berbaik.
“Syukur alhamdulillah. Biasa lah dalam perhubungan ada liku-liku dia. Buang yang keruh ambil yang jernih.
“So happy for both of you.
“Alhamdulillah semoga baik-baik saja,” komen peminat.