Featured By: Salma Syahbuddin October 4, 2023 @ 6:37pm

Radja Trauma Terima Ugutan Bunuh, Mengaku Tak Serik Datang Malaysia – “Kami Maafkan & Kami Move On”

Kumpulan Indonesia, Radja masih trauma berhubung insiden ugutan bunuh baru-baru ini, namun tidak akan pernah serik untuk kembali ke Malaysia.

Vokalisnya, Ian Kasela berkata, perancangan konsert yang bakal berlangsung November depan jauh lebih penting berbanding perasaan takut menerima ugutan daripada penganjur terdahulu.

Malah, kumpulan yang dianggotai tiga anak muda ini percaya, mereka wajar bersikap positif dengan insiden yang menimpa sebelum ini.

“Sebagai manusia, wajar untuk kami berasa trauma. Itu pasti akan ada tetapi kami akan tetap positif. Ada perkara lebih penting mahu difikirkan. Dan kami perlu move on.

“Malaysia juga adalah rumah kedua kami. Mana mungkin kami takut untuk kembali ke sini lagi. Kami juga sudah tidak ambil peduli.

“Ini adalah isu dalaman penganjur itu sendiri. Cuma kami mengambil pendekatan untuk lebih berwaspada terutama dari segi kontrak dan penganjur,” katanya.

Radja ditemui ketika majlis pengumuman Live In Concert: Radja yang turut menampilkan Ella sebagai penyanyi jemputan.

Konsert yang bakal berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 12 November depan dibawakan oleh Orange International Entertainment.

Sebelum ini, Radja menerima ancaman bunuh daripada dua individu yang dipercayai wakil pihak penganjur selepas selesai mengadakan konsert di Stadium Tertutup Arena Larkin, Johor Bahru pada 12 Mac lalu.

Difahamkan, situasi cemas tersebut berlaku susulan salah faham yang berlaku antara pihak penganjur dan kumpulan berkenaan.

Radja tidak perlukan orang tengah

Mengulas lanjut, Ian berkata, pihaknya selepas ini tidak akan berurusan menggunakan orang tengah dan akan terus membincangkan sebarang perancangan dengan penganjur sesebuah acara itu sendiri.

“Selepas insiden tersebut, kami sangat menghindari orang tengah untuk komunikasi yang lebih aktif dan mengikut prosedur yang sepatutnya.

“Malah, pihak pengurusan juga menitik beratkan isu keselamatan serta memastikan komunikasi yang lebih aktif,” jelasnya.

Dalam pada itu, bercakap soal konsert, Ian memaklumkan, mereka tidak mengambil masa lama untuk bersetuju dengan tawaran tersebut dan terbuka dengan sebarang perancangan lain selepas ini.

“Kami cuba move forward. Kami tidak membuat sebarang kesalahan dan semua tugasan telah dilaksana mengikut perjanjian.

“Cuma insiden seperti itu tidak boleh diduga. Di luar kawalan kami sendiri. Radja juga tetap manusia biasa.

“Dalam ruangan komen sendiri peminat susah tidak sabar untuk konsert tersebut. Kami memaafkan dan move on,” ujarnya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 29 Nov 2019
Featured Tue, 24 Apr 2018

Ini Cara Paling Berkesan Untuk Berhenti Merokok, Menurut Sains

Ramai ingat cara efektif ialah dengan mengurangkan jumlah rokok yang mereka hisap sikit demi sikit sampai mereka berhenti.

Trending Sat, 21 Mar 2020
Hiburan Wed, 8 Nov 2023
Hiburan Mon, 12 Feb 2018

HAEL TAK BOLEH BAYANG HIDUP TANPA HELENA

Helena merupakan anugerah terindah dalam hidupnya dan kemenangan ini ditujukan khusus untuk bayi comel itu…Alahai, sweet la daddy Hael ni…

Hiburan Mon, 11 Jun 2018

Raya Dah Dekat, Mana Duit Persiapan Anak?

Jumpa anak tak nak, bila raya nak menyibuk bergambar bagai kau jaga. Duit nafkah anak adalah RM 1500 BUKAN RM 500!

Hiburan Sun, 10 Feb 2019
Kisah Viral Mon, 30 Oct 2023

Ular Sawa Besar Tumpang Kereta, Netizen Kagum Suami Isteri Tenang Kawal Situasi Tegang

Alaaa… Ular tu baru nak ajak pergi healing😭😭😭

Featured Thu, 6 Jan 2022

Bot Karam Ketika Misi Menghantar Bantuan Makanan

Tiga anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kuala Tahan berhadapan situasi yang mendebarkan apabila bot yang mereka naiki karam di Sungai Tembeling, Jerantut, Pahang pada Rabu. Menerusi video yang dimuat naik oleh Sukan Star TV, salah […]