Hiburan By: SGMS Fas August 17, 2019 @ 8:33pm

Raihan, Alif Satar Siap Sedia Tawan Dua Lokasi September Ini

Kumpulan nasyid lagenda, Raihan merancang mengadakan konsert jelajah di luar negara bersama dengan penyanyi terkenal, Alif Satar.

Selepas kejayaan kolaborasi mereka menerusi Sesungguhnya 2019, kumpulan yang terdiri Che Am Idris, Abu Bakar Md Yatim dan Amran Ibrahim ini bakal mengadakan persembahan bersama jelajah di dua lokasi iaitu Kuala Lumpur dan Melaka bermula September depan.

“Alhamdulillah kolaborasi kami mendapat sambutan amat positif daripada peminat generasi muda. Insha Allah kami akan menemui peminat bermula September ini dalam dua persembahan istimewa bersama Alif Satar.

“Dalam masa sama, kami bersama Alif juga dalam rangka perancangan mengadakan konsert di luar negara. Doakan agar semua dipermudahkanNya,” kata Raihan kepada Xtra.

Raihan ketika ditemui di majlis pelancaran haruman Raihan di Shah Alam mengaku menerima ‘lamaran’ daripada beberapa penyanyi baharu lain untuk berduet dalam projek terbaharu.

“Jujurnya memang ada penyanyi yang datang bertanya untuk projek duet. Kami hanya menunggu masa sesuai dan material yang tepat, Insha Allah kami memang tiada masalah untuk berkolaborasi dalam projek seterusnya,” akhirinya.

Untuk rekod, lagu Sesungguhnya 2019 ciptaan sepenuhnya bekas vokalis kumpulan nasyid terkenal itu, Nazrie Johanie, turut menarik perhatian peminat bukan Islam.

Sejak dikongsi di YouTube pada 9 Mei lalu, video rasmi lagu itu sudah ditonton hampir 14 juta kali dan berada pada kedudukan pertama dalam carta sohor  laman terbabit.

Oleh SGMS Najmi

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 27 Jan 2018

Kenapa Hairul Azreen Dipanggil Polis

Pelakon lelaki Hairul Azreen telah dipanggil oleh pihak polis untuk siasatan.

Hiburan Fri, 15 Nov 2019

‘Bukan Mahu Popular Tapi…’-AC Mizal Dedah Rahsia Anggota Kumpulan 4U2C

Kumpulan 4u2C dijangka mengadakan persembahan di sebuah festival muzik, Stereo Fest di Sentosa, Singapura bermula 22 Februari tahun depan.

Hiburan Wed, 19 Sep 2018

Nabila Huda Disangka Penjaga Pintu? Gambar Ini Pasti Membuatkan Anda Ketawa!

Teruja nak ambil gambar dengan Tulus… Ya, muka pertama tu belum bersedia. Yang kedua dah terlebih yakin dan lebih ceria…

Hiburan Thu, 14 Dec 2023
Featured Mon, 15 Aug 2022