Sempena Majlis Anugerah Merit Ibn Khaldun bagi Transformasi Sosial Peringkat Global 2020, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah berkenan untuk menganugerahkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dengan Anugerah Merit Ibn Khaldun yang mewakili petugas barisan hadapan melawan Covid-1 di negara ini.
Sumber : Facebook Istana Negara
Perkara ini turut dikongsi menerusi Facebook Istana Negara dimana, Tunku Azizah yang juga Ketua Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) memaklumkan bahawa penganugerahan ini adalah untuk menghargai jasa dan usaha para petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus mengekang dan memutuskan rantaian Covid-19.
Sumber : Facebook Istana Negara
Tambahnya lagi, Anugerah Merit Ibn Khaldun UIAM yang diperkenalkan sejak 2018 adalah bagi mengiktiraf organisasi yang menerajui serta menyumbang dari segi kepakaran atau kerja-kerja kebajikan untuk masyarakat.