Trending By: Attiqah Mohd April 13, 2020 @ 5:21pm

Ramadan Tahun Ini Sepi Tanpa Bazar Ramadan

Bulan Ramadan merupakan bulan mulia yang disambut umat Islam seluruh dunia. Bulan istimewa yang mempunyai 1001 ganjaran pahala sudah hampir tiba.

Mungkin inilah hakikat yang pahit untuk ditelan namun sudah pasti Ramadan kali ini sangat berbeza buat kita semua.

Jika dilihat pada tahun-tahun sebelumnya, Bulan Ramadan disambut dengan suasana yang cukup meriah. Nikmat kemanisannya masih terasa. Suasana kemeriahan bazar Ramadan, jualan runtuh kuih raya, baju raya dan sebagainya masih dirindui dan dirasai.

Namun, berikutan pandemik COVID-19 yang telah menular di seluruh dunia, kerajaan hari ini memutuskan untuk membatalkan aktiviti bazaar Ramadan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dalam satu kenyataan, keputusan itu dilakukan untuk membendung penularan COVID-19 sekaligus memutuskan rantaian virus tersebut.

E-Bazar akan diwujudkan buat semua

Walaupun tiada gerai bazar Ramadan namun inisitif yang dilakukan oleh Gabungan Persatuan-Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia untuk membangunkan platform e-bazar Ramadan kepada ahlinya untuk memberi peluang mereka berniaga secara dalam talian wajar dijadikan contoh.

Demi membela nasib para peniaga yang terkesan, E-bazar Ramadan menjadi platform untuk para peniaga menjual pelbagai jenis makanan buat orang ramai.

Mungkin Ramadan kali ini berbeza suasananya, namun mungkin juga Ramadhan kali ini menjadi titik permulaan untuk kita mendekatkan diri pada Nya.

Kredit foto: Google

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 7 Oct 2020

Tarikh-Tarikh Penting Dan Kaedah Pembayaran BPN 2.0

Umum sedia maklum, kerajaan kini memperuntukkan Bantuan Prihatin Nasional 2.0 berjumlah 7 billion kepada rakyat.  Bantuan ini akan disalurkan secara terus kepada 10.6 juta penerima yang telah diluluskan di bawah BPN sebelum ini, tanpa perlu […]

Hiburan Tue, 23 Jan 2024
Hiburan Tue, 18 Apr 2023
Hiburan Tue, 6 Sep 2022

“Berhenti Cakap Saya Kembar Mira Filzah” – Tracie Sinidol Mahu Bina Identiti Sendiri

Tahniah Dewi Remaja 2022! Tak sabar nak tengok lakonan Tracie mesti best!

Trending Sun, 11 Mar 2018

Remaja Ini Koma Selama Setahun Dan Lumpuh Seluruh Badan

Dicabar Makan Lintah Oleh Rakannya, Remaja Ini Koma Selama Setahun Dan Lumpuh Seluruh Badan

Trending Tue, 19 May 2020

PKPB: Pembelajaran Maya Berkesan Atau Tidak?

Inilah realiti norma baru..

familuv Fri, 12 Aug 2022

Idam Nama Nabi, Isa Buat Akim Bangga Jadi Bapa

Hasrat Akim ingin memiliki seorang anak lelaki termakbul. Alhamdulilah. Tahniah Akim dan Stacy!