Hiburan By: SGMS Fas April 10, 2018 @ 1:25am

Rebecca Nur Islam Dikecam Netizen!

Sebagai seorang selebriti setiap gerak geri menjadi perhatian masyarakat apatah lagi dalam dunia berteknologi siber  dengan kehadiran sosial media,  segala tingkah laku golongan artis menjadi bahan ‘makcik bawang’.

Apatah lagi jika artis berkenaan sudah berhijab, ramai pula ‘mata-mata gelap’ yang mengekori mereka dan sebaik sahaja tersilap langkah heboh dikecam netizen.

Terbaharu, pelakon yang baru-baru ini ‘bertikam lidah’ dengan seorang artis lain yang bergelar Datin Paduka iaitu Rabecca Nur Islam, 31, atau Rebecca menjadi bualan hangat.

Ini gara-gara Datin Rebecca memegang lengan usahawan yang digelar ‘Datuk Terlajak Laris” iaitu Datuk Seri Aliff Syukri ketika meraikan jutawan kosmetik itu pada majlis doa selamat rumah baharunya di Sungei Buloh baru-baru ini.

Gambar tersebut dimuat naik oleh  penama penuh Aliff Syukri Kamarzaman ini dalam Instagramnya baru-baru ini dengan mendapat lebih 37,000 tanda suka serta pelbagai komen negatif mahu pun positif.

Namun komen cacian yang tular, berkait dengan foto Rebecca  di mana netizen mengecam perlakuannya yang memegang lengan Aliff yang berada di tengah, sebelah suaminya, Datuk Nor Azam  Sulaiman.

Walaupun tidak dianggap bersentuhan kulit kerana berlapik  namun netizen masih menganggap ia perlakuan sumbang sebagai seorang isteri dan artis berhijab.

Di atas sebahagian sahaja daripada komen netizen nak baca banyak  lagi  kenalah layari  sendiri Instagram berkenaan  ya! Nak masuk semua tak muat nanti ruang kecil ini.

Sementara itu, pelantun lagu “Abang Nak Tegur’ ini tidak kurang mendapat maklum balas netizen apabila turut memuat naik foto anak-anak tahfiz bersolat di ruang dapur atas alasan surau belum siap.

Mereka mempersoakan kenapa tidak menggunakan ruang tamu yang sebesar alam bersaiz 3,000 kak persegi itu dijadikan tempat solat walau pun ruang dapur tidak kurang besarnya. Biasalah ada yang bangkang ada yang setuju!

Apa pun yang penting Aliff Syukri  tahu apa niat sebenarnya.

Seramai lebih kurang 2,000 orang menjadi tetamunya  pada majlis kesyukuran dan doa selamat serta bacaan Yasin sempena kehamilan isteri yang memasuki bulan ketujuh sekali gus permindahan ke mahligai baharunya yang digelar dengan tanda pagar #palacealiffsyukri.

Selamat menyambut rumah baharu dan anak baharu nanti  #abangterlajaklaris!

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 30 Sep 2022

[VIDEO] “Dia Rajin Mandi Awal Pagi…” – Netizen Dedah Rahsia Awet Muda Nasha Aziz

Betul ke petua tu? Boleh cuba kalau nak cantik macam Nasha Aziz 😍

Hiburan Sat, 22 Dec 2018

Mahu Pegang Watak Heroin Lagi, Amyra Rosli Pasang Strategi

Menafikan enggan membawa watak ibu, Amyra memberitahu dia tiada masalah berbuat demikian.

Featured Wed, 5 Oct 2022

[VIDEO] Perut Berisi, Suami Kantoikan Sharifah Sakinah Sedang Hamil?

Wahh betul ke ni? Semoga dipermudahkan segala urusan 🤲🏼

Hiburan Thu, 8 Nov 2018

新年嘟嘟好!One FM全台DJ及主播挑战手势舞

2018年剩没多少天,又是准备新一年的时候啦!One FM全体DJ及新闻主播为即将到来的猪年,携手合唱的2019年新年歌曲也正如火如荼的筹备当中。

Hiburan Mon, 1 Jan 2018

Vin Diesel dan The Rock Pelakon Termahal 2017

Vin Diesel dan The Rock Pelakon Termahal 2017

Hiburan Thu, 11 Oct 2018

Nak Luah Dekat Crush Tapi Malu? Mungkin Boleh Try Pakai Single Terbaru Aqeesh Aleeya Ni!

Comel jer video klip Aqeesh Aleeya, lagu ciptaan DJ Fuzz dan Hez Hazmi ini memang best untuk dilayan tau!