Trending By: Ad Ops May 15, 2019 @ 12:00pm

Remaja 16 tahun ditemui maut setelah buat bancian mengenai bunuh diri di Instagram

Peningkatan beban hidup pada zaman sekarang sering dikaitkan dengan pelbagai kes sosial termasuk bunuh diri yang dilihat semakin berleluasa bukan sahaja dalam kalangan orang dewasa, tetapi juga anak muda.

Di luar negara umpamanya, Jepun dikatakan mempunyai lokasi khusus bagi individu yang beranggapan tidak perlu lagi hidup kerana pelbagai masalah yang dihadapi. 

Bagaimanapun, di Malaysia kes bunuh diri masih dianggap masalah terpencil meskipun kajian menunjukkan kes seumpama itu membabitkan masalah kesihatan mental seseorang itu.

Antara kejadian terbaru di Malaysia mebabitkan seorang remaja berumur 16 tahun yang maut setelah jatuh dari tingkat tiga sebuah bangunan rumah kedai di Padawan, Kuching.

Abang kandung remaja itu, dikatakan menemui mayat mangsa pada jam 8 malam hari yang sama, di jalan raya di tepi bangunan berkenaan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah. 

Berdasarkan siasatan, mangsa didakwa telah membuat bancian menerusi akaun Instagram miliknya sekitar jam 3 petang hari yang sama untuk mendapatkan pandangan rakan dalam media sosialnya.

“Ini sangat penting, tolong saya pilih D atau L,” tulisnya.

Menurut penjelasan sahabat karibnya, D dipercayai merujuk kepada perkataan ‘Death’ (Mati), manakala L pula bermaksud ‘Live’ (Hidup).

Keputusan bancian mendapati 69 peratus daripada pengikutnya memilih D, manakala 31 peratus lagi memilih L.

Mereka yang memilih D pasti merasa bersalah, walaupun mereka mungkin tidak tahu apa kesannya pada ketika itu.

Remaja berkenaan juga dikatakan sudah memperlihatkan tanda awal ingin membunuh diri  menerusi akaun Facebook miliknya, dengan memuat naik status “Wanna Quit F**king Life I’m Tired (Saya tidak lagi mahu hidup saya penat).”

Foto Hiasan: Arkib NSTP

Menurut laporan New Straits Times, remaja itu dipercayai berasa hampa terhadap bapa tirinya yang kini bekerja di Singapura setelah mengahwini seorang wanita berbangsa Vietnam. Hal ini menyebabkan dia jarang pulang ke Kuching, tidak seperti dahulu. 

Tragedi malang yang berlaku ini perlu dijadikan iktibar kepada semua. Remaja berkenaan mungkin boleh diselamatkan jika keluarga atau rakannya lebih prihatin terhadap permasalahan yang dihadapinya.

Pada masa yang sama, hal ini juga menunjukkan pertalian keluarga antara ibu bapa dengan anak amatlah penting. Jika anda sudah berkeluarga, jangan abaikan mereka atau pandang remeh ya!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 14 Nov 2018

3 Wanita Terkandas di Korea Selepas Membuat Pembedahan Plastik

Gambar pasport adalah pengenalan diri individu, jika ingin membuat pembedahan plastik diluar negeri, sila fikir dahulu ye

Trending Fri, 20 Mar 2020
Hiburan Mon, 16 Oct 2023

Masjid Pernikahan Syamsul Yusof & Ira Kazar Di Thailand Jadi Tarikan

Wow! Ramai orang kita pilih Songkhla jadi tempat nikah..