Featured By: Aqilah Paharuzi May 12, 2022 @ 7:54pm

Resort Tiara Jacquelina Dilanda Banjir Kilat – “Baru Je Nak Bernyawa Selepas 6 Bulan..”

Pusat percutian Tiarasa Escapes Glamping Resort yang dimiliki oleh selebriti terkenal, Puan Sri Tiara Jacquelina di Janda Baik turut terjejas ekoran banjir kilat semalam.

Menerusi sebuah hantaran di akaun Instagram miliknya, Tiara berkata banjir kilat yang melanda merupakan yang terburuk, berbanding pada Disember lalu.

“Baru saja nak bernyawa selepas enam bulan terpaksa ditutup berikutan dilanda banjir kilat Disember lalu semasa pandemik. Elok-elok kami sedang cuba untuk bangkit semula, terkena banjir kilat lagi.

“Sepanjang empat tahun kami beroperasi dan dalam sejarah di Janda Baik, nampaknya ini adalah yang paling buruk pernah berlaku. Ia sangat menyedihkan, menghampakan dan tidak menyenangkan,”katanya.

Tiara bagaimanapun meluahkan rasa syukur lokasi resortnya berada di kedudukan tinggi, dan turut bersimpati dengan nasib yang menimpa tempat penginapan lain di mana keadaan mereka jauh lebih teruk .

“Kami di Tiarasa juga terkesan dengan banjir kilat yang melanda. Walaupun kami berada di kedudukan tinggi, namun, air tetap mengalir masuk dan menjejaskan beberapa khemah penginapan.

“Sedih sangat bila tengok video resort dan tempat penginapan lain. Hanyut dibawa arus, tenggelam dibawah lumpur. Tabahlah komuniti Janda Baik.

Dalam pada itu, Tiara berkata pihak pengurusan resortnya berat hati terpaksa meminta tetamu yang menginap untuk sedia meninggalkan resort atas aspek keselamatan dan pembersihan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tiara Jacquelina (@tiarajacquelina)

Tinjauan di ruangan komen hantaran tersebut mendapati ramai dalam kalangan selebriti turut bersimpati dengan ujian yang melanda Tiara.

 

Pelakon dan usahawan terkenal, Fazura yang juga merupakan tetamu di resort berkenaan turut komen dengan meluahkan rasa sedih terpaksa meninggalkan Tiarasa Escapes ekoran banjir.

“Sedih sangat kami terpaksa pergi selepas hanya satu malam. Berdoa untuk penginapan yang lebih baik akan datang,” tulisnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 19 Jun 2022
Trending Fri, 27 Jul 2018

Fazley Yaakob Dan Isteri Bersanding Semula November Ini

Fazley mahu melakukan majlis itu secara sederhana dengan menjemput rakan-rakan yang tidak dapat hadir pada majlis perkahwinannya 12 tahun lalu.

Trending Tue, 21 Jun 2022

[VIDEO] Tahan Air Mata… Yusof Haslam Sebak Ketika Beri Pesanan Buat Syamsul & Puteri Sarah

Datuk Yusof Haslam sedih dengan ujian yang melanda anak dan menantunya.

Hiburan Sat, 9 Apr 2022
Featured Fri, 25 Oct 2019

Pengambilan vaksin halal atau haram? Ini jawapannya

Pertimbangan berdasarkan maqasid syariah

Kisah Viral Mon, 17 Jul 2023
Events Wed, 31 Oct 2018

Is IKEA Also Joining in on the 11.11 Sale Hype?

Seems like it’s time to go furniture shopping soon!

Featured Mon, 28 Aug 2023