Featured By: Salma Syahbuddin March 13, 2024 @ 3:00pm

“Ringan Itu Istirehat, Berat Itu Istiqamah” – Neelofa

Perkongsian selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor menerusi program hiburan popular pada Selasa mencuri perhatian.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh sebuah portal hiburan, Neelofa kelihatan memberikan pendapatnya terhadap pengalaman pelakon, Norreen Iman yang baru-baru ini telah selamat mengerjakan umrah.

Bagaimanapun, semasa temu bual tersebut berlangsung, Norreen kelihatan tidak dapat menahan sebak ketika bercerita mengenai pengalaman disebalik perjalanannya menuju ke tanah suci Mekah pada 6 Februari lalu.

Namun, seakan dapat merasai perasaan Norreen, Neelofa atau lebih mesra dipanggil Lofa cuba menenangkan pempengaruh media sosial itu disamping berkongsi tips mengenai hidayah yang diberikan Allah SWT.

“Hidayah Allah itu datang kepada semua orang, tapi tinggal kita nak grab atau tidak sahaja.

“Istiqamah itu berat, ringan itu istirehat. Tapi paksalah diri kalau kita nak berbaik pasal kita. Carilah ilmu kerana ilmu itulah kunci kepada hidayah,” ulasnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyifatkan pesanan daripada Neelofa itu membuatkan mereka lebih cakna terhadap apa yang dikatakan sebagai istiqamah dan hidayah yang dikurniakan Allah SWT kepada hambaNya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MeleTOP (@meletop)

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 13 Oct 2022
LIFESTYLE Sat, 24 Mar 2018

Kenapa Wanita Berbadan Besar Lebih ‘Berbaloi’ Dijadikan Isteri

Menurut kajian tersebut, lelaki yang berkahwin dengan wanita gemuk akan lebih banyak tersenyum dan lebih rasional ketika menghadapi sebarang masalah berbanding dengan lelaki yang berkahwin dengan wanita kurus.

Hiburan Mon, 23 Dec 2019
Trending Hari Ini Fri, 24 Apr 2020

Tradisi Mantai Diteruskan, Ikut Prosedur PKP

InshaaAllah semuanya jadi mudah bila ikut prosedur PKP.

Trending Fri, 2 Mar 2018

‘Bukan Neelofa Sahaja, Tetamu Pun’ – Isu Pelancaran Tudung Di Kelab Malam, Neelofa Boleh Didakwa

Neelofa boleh didakwa?? Fuhh!! makin berat nampaknya isu Neelofa berkaitan majlis pelancaran tudungnya di kelab malam hari itu! Walaupun neelofa sudah meminta maaf, tetapi isu ini masih dibangkitkan.

Featured Sun, 24 May 2020
Hiburan Wed, 20 Nov 2019

金马新演员互挺!原腾跨刀献MV男男初吻

原腾和邱志宇因一同入围《金马奖》最佳新演员而认识,为拍摄《步步为营》MV原腾不仅爽快答应更二话不说、从马来西亚专程飞来台湾力挺邱志宇,还献出MV男男初吻 。