Gaya Hidup By: Padin December 23, 2022 @ 4:01pm

Rizman Ruzaini Beri Penyelesaian Untuk Mereka Yang Mahu Tampil Bergaya Musim Cuti!

Jenama fesyen terkenal, Rizman Ruzaini di bawah kelolaan duo Rizman Nordin dan Ruzaini Jamil sekali lagi muncul dengan koleksi terbaharu mereka, RR Cruise.

Menjadi penyelesaian untuk mereka yang mahukan gaya berani di musim percutian, ini merupakan tahun kedua RR Cruise memenuhi kalendar koleksi keluaran jenama fesyen Rizman Ruzaini.

“Kali ini, Pengarah Kreatif RR, Yana Baharudin menjadi tulang belakang utama dalam cetusan idea koleksi ini. Dengan pemilihan warna-warna yang berani dan menyerlah, koleksi RR Cruise tahun ini bakal mencipta tersendiri.

“RR Cruise adalah koleksi wajib yang akan terus kami lancarkan bersempena dengan musim percutian. Pada pengamatan saya, menjadi satu kebiasaan apabila kita keluar bercuti terutamanya ke lokasi kepulauan atau pantai, kita berkehendakkan baju serta aksesori fesyen yang menarik selain selesa. Koleksi RR Cruise adalah jawapan kepada semua itu,” kata Rizman.

Mahu peminat mereka muncul dengan kelainan tersendiri, jenama ini memilih sesuatu yang berbeza dalam koleksi kali ini.

“Kami mahu peminat jenama RR muncul berbeza dalam khalayak, justeru dengan penggunaan warna yang lebih berani serta rekaan yang segar, RR Cruise wajar menjadi helaian pilihan anda ketika bercuti.

“Jika dilihat pada hari ini, kami turut menjemput ramai selebriti yang tidak hanya hadir sebagai tetamu, malah turut menggayakan koleksi RR Cruise. Ini secara tidak langsung dapat memberi idea dan keberanian kepada peminat jenama RR sendiri untuk mencuba koleksi ini yang kelihatan lebih bold dan menyerlah,” katanya.

Masih mengekalkan jualan secara atas talian di rizmanruzaini.my sebagai medium utama pembelian produk RR, pembukaan Butik RR Flagship Store di Four Seasons Place, Kuala Lumpur juga bakal merancakkan lagi jualan produk RR untuk pembelian secara langsung.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 30 Dec 2018
Gaya Hidup Wed, 21 Nov 2018

14 Foto Haiwan Lucu Yang Memenangi Comedy Wildlife Photography Awards

Tak sangka haiwan-haiwan liar boleh jadi kelakar macam ini.

Cahaya Mata Wed, 14 Dec 2022

“Jarang Ayah Nak Manjakan…” – Aliff Syukri Mahu Terus Kerja Keras, Tak Kisah Kecaman Orang

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri tidak kisah jika dirinya menjadi bahan kecaman warganet dalam mencari rezeki yang halal.   View this post on Instagram   A post shared by Aliff syukri kamarzaman (@aliffsyukriterlajaklaris) Menerusi […]

Gaya Hidup Thu, 4 Apr 2019

5 tradisi kehamilan keluarga diraja Britain dipecahkan Meghan Markle

Pelbagai perubahan dilakukan Meghan sejak berkahwin dengan Putera Harry.

Featured Mon, 20 Apr 2020

Bindi ulangi sejarah manis ibu, bertemu teman hidup di zoo

Sarung gaun berusia 55 tahun pada hari bahagia

Featured Fri, 21 Sep 2018

Ini Keburukan Hand Sanitizer Yang Anda Tak Tahu

Hand sanitizer sangat membahayakan sistem daya ketahanan tubuh seseorang!

Gaya Hidup Wed, 27 Jun 2018

10 Tahun Guna Produk Mengandungi Merkuri, Wanita Ini Temui Ajal

Wahai wanita sekalian, jauhi produk kecantikan yang mengandungi merkuri kalau tak nak berlaku seperti wanita ini!

Gaya Hidup Thu, 10 Oct 2019
Gaya Hidup Sat, 10 Mar 2018

Tip Agar Peti Ais Sentiasa Berbau Segar & Tak Lagi Busuk

Bila buka peti sejuk mesti stres kan terhidu bau busuk!