Featured By: Salma Syahbuddin July 5, 2022 @ 9:06pm

“Salam Takziah Bang, Kalau Dah Miang Sangat Pi Cari Bini..” – Caprice Sindir Pelanggan Lelaki ‘Kurang Sopan’ Peluk Pelayan Wanita

Selepas menerima hantaran mesej langsung (DM) daripada pengikut, penyanyi rap Caprice akhirnya melahirkan rasa kurang senang terhadap segelintir kaum lelaki yang sanggup pergi ke sebuah premis perniagaan milik seorang wanita yang terletak di Terengganu semata-mata mahu menikmati air buah yang dijual.

Menurut Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 34, apa yang lebih mengecewakan adalah sikap dan tindakan sekumpulan pelanggan lelaki yang tanpa segan silu dilihat ‘memeluk’ wanita berkenaan ketika mengambil foto bersama-sama.

Malah, Caprice turut meluahkan rasa malunya dan mengucapkan takziah kepada abang-abang yang terlibat dalam video tersebut.

“Memalukan, tak ada maruah! Pelanggan lelaki peluk pelayan wanita jual air buah.

“First of all Malaysia, salam takziah diucapkan kepada abang-abang kita yang ada anak bini yang terlibat dalam kes ini.

“Cap tak faham orang yang sanggup datang dari KL untuk cuba dia punya air buah. Sedangkan kat KL ni berlambak air buah kecuali depa semua kata barang kat KL terlalu mahal dan barang dia murah. Yelah… barang murah siapa je taknak..” katanya.

@baebiy_raa98 penjual air buah viral😌gadis2 tlg tgk ad tk laki2 korang dlm vdeo ni🥺 #fypシ #penjualviral #fypシ゚viral ♬ Amirah – Rusa Music

 

Sementara itu, Caprice juga menyeru agar kaum lelaki yang berkunjung ke premis berkenaan dengan niat yang tidak baik segera mencari wanita untuk dijadikan isteri.

“Cap  nak pesan, kaum lelaki tengah miang hang pi la cari bini. Kalau hang tak ada bini.. hang pi la pi buat bini.

“Kalau rasa muka hang pecah, tak ada siapa nak… hang pun pi lah cari yang muka pecah yang dia pun rasa tak ada siapa nak. Settle masalah,” jelasnya.

Terdahulu, sebuah video viral menunjukkan segerombolan kaum lelaki bertindak kurang sopan terhadap pelayan wanita yang seksi di premis berkenaan sehinggakan perkara tersebut mendapat perhatian pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tiger of AlQuds (@capricedaddycap)

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Kisah Viral Fri, 1 Mar 2024
Trending Tue, 16 Jan 2018

SAUDI ARABIA FINALLY LIFTS BAN ON MOVIE THEATRES!

The very first movie they screened was The Emoji Movie. LOL.

Trending Tue, 4 Feb 2020
Hiburan Fri, 8 Nov 2019

“Lagu Ini Ibarat ‘Anak’, Kalau Dah Bagi Bukan Boleh Ambil Balik…” -Amylea

Bukan calang-calang kalau 4 dari 6 buah lagu hasil nukilan penulis lirik, penyanyi dan bekas peserta Akademi Fantasia, Amylea ini masuk ke peringkat separuh akhir Anugerah Juara Lagu yang ke 34. Lagu-lagu yang dipertandingkan itu […]

Trending Mon, 8 Jul 2019
Featured Tue, 1 Jan 2019

Tidur Cukup 8 Jam Tapi Masih Rasa Mengantuk, Apa Yang Tak Kena?

Rasa mengantuk yang tak berkesudahan bererti ada sesuatu yang mengganggu fikiran anda!