Events By: Dharnieya Nur Amelsa December 17, 2022 @ 5:27pm

Sedekad Dalam Industri, IamNeeta Tampil Dengan ‘Depresi’ – “Kami Asyik Nyanyi Lagu Cinta, Kali Ini…”

Setelah memasuki sedekad dalam industri seni tanah air, kumpulan IamNeeta hadir dengan lagu terbaharu berjudul Depresi.

Kumpulan yang di anggotai oleh Patrick Anohada, Anas Zakwan dan Neeta Manisha ini tampil dengan kelainan dalam single terbaharu mereka.

Menerusi lagu Depresi, mereka ingin mengajak seluruh pendengar untuk sama-sama fahami apa itu depresi dan bagaimana perasaan seseorang yang mengalami depresi.

“Banyak dah kes yang kita dengar tentang depresi yang berakhir dengan perkara yang menyedihkan. Hal itu terjadi mungkin kerana masyarakat kini kurang peka dan faham tentang depresi.

“Jadi menerusi lagu ini, harap masyarakat akan sama-sama faham apa yang di alami oleh penghidap depresi,” ujar Anas selaku pemain bass di dalam kumpulan.

Dicipta sepenuhnya oleh pemain gitar Patrick Anohanda, muncul kerisauan antara mereka untuk menyampaikan subjek sebegini dalam lagu.

“Saya yang dapat melodi, mula-mula boleh dikatakan lagu ini adalah idea saya. Saya cuba cipta satu lirik yang sesuai dengan depresi. Masa keluar idea itu saya tidak risau langsung tetapi setelah Neeta mendapat tahu lagu tersebut tentang depresi, Neeta menjadi risau,” kata Patrick.

Bercakap mengenai kerisauan, Neeta menjelaskan maksud isu kerisauannya terhadap lagu Depresi ini.

“Awal-awal itu memang risau, tapi bukan risau tentang isu itu, saya risau tentang penerimaan orang mengenai lagu itu.

“Sebab saya tak nak nanti orang kata kami nak menjual isu itu. Sebab itu we have to think juga macam mana can we go smartly, jadi itu sebab dalam muzik video, kami masukkan nombor talian jika orang yang mengalami masalah ini memerlukan bantuan.

“Kalau lepas ini ada persembahan mana-mana badan atau persatuan yang sentuh tentang isu ini pun, kami akan cuba tolong. Ia bukan sekadar sementara sahaja.

“As a band pula, saya fikir sebelum ini kan kami asyik nyanyi lagu cinta, sakit, putus cinta, but this one Depresi pula, jadi ia berbeza,” kata Neeta pula.

Perkongsian tersebut telah didedahkan oleh kumpulan IamNeeta ketika ditemui di sidang media Depresi di Z Botanica by Nicsmann, 1 Utama Shopping Centre, semalam.

Bukan itu sahaja, Patrick dan Neeta juga berharap agar kita sama-sama boleh fahami tentang apa itu Depresi dan berharap agar semua yang menghidap depresi terus kuat dan jangan pernah mengalah.

“Depresi adalah gangguan perasaan yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti seharian.

“Ia boleh dialami oleh sesiapa saja tidak kira umur, jantina atau bangsa. Jadi bagi sesiapa yang tahu ada rakan-rakan yang mengalami depresi, hubungi mereka dan dengarkan luahan mereka, cerita,” ujar pemain gitar tersebut.

“Jangan malu untuk meminta bantuan kerana di Malaysia sekarang banyak NGO yang boleh kita rujuk salah satunya MIASA (Mental Illness Awareness & Support Association) di talian 1800-82-0066. Anda tidak keseorangan,” pesan Neeta akhiri perbualan.

Lagu Depresi boleh mula didengari di semua platform digital bermula dari 16 Disember 2022 dan boleh di tonton di channel YouTube Nartvnetwork.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 24 Aug 2021
LIFESTYLE Thu, 7 Mar 2019

Krim Jerawat Drugstore Yang Berpatutan Dan Berkesan!

Masalah jerawat ni bukan sesuatu yang asing bagi kita. Dengan cuaca yang tidak menentu, di tambah pula dengan debu-debu dan persekitaran yang kurang bersih, tak mustahil jika jerawat datang singgah ke kulit muka kita. Ada macam-macam […]

Hiburan Wed, 15 Jan 2020
Trending Tue, 4 May 2021
Featured Tue, 1 Nov 2022

Dr. Amalina Tak Pakai Bengkung Lepas Bersalin – “Boleh Memudaratkan Kesihatan” 

Tapi ramai kan yang suka pakai bengkung? Rupa rupanya tak elok untuk kesihatan

Hiburan Tue, 27 Aug 2019

Sharifah Sakinah Buat Hal Lagi?

Solat tu kan tiang agama…

Hiburan Wed, 22 Nov 2017

Kristal Rehatkan Lan Dan Kini Sedang Mencari Vokalis Baru

Lan Kristal di rehatkan oleh kumpulannya sendiri dan mereka sedang mencari vokalis baru untuk di ganti

Trending Tue, 15 Dec 2020
Hiburan Sat, 20 Oct 2018