Featured By: Salma Syahbuddin November 4, 2022 @ 2:52pm

“Segalanya Saya Serahkan Kepada Allah” – Zamani Ditidurkan, Mohon Peminat Doakan Pembedahan Berjalan Lancar

Susulan penyakit Skoliosis yang dialami, penyanyi popular, Zamani Ibrahim akhirnya bakal menjalani pembedahan membetulkan tulang belakangnya yang bengkok.

Perkara itu dikongsi Zamani seusai majlis bacaan yasin dan doa selamat yang diadakan secara virtual pada Khamis.

Memetik laporan Berita Harian, dia kini sudah mempersiapkan diri untuk menjalani pembedahan tersebut termasuklah, persediaan dari segi  mental memandangkan ini adalah pembedahan besar yang pernah dilaluinya.

“Perasaan takut tetap ada, tetapi bukanlah disebabkan bimbang perkara buruk berlaku. Segala-galanya saya serahkan kepada ketentuan Allah.

“Saya agak takut kerana ini adalah pembedahan besar pertama yang dilalui. Saya dimaklumkan pembedahan akan mengambil masa selama dua setengah jam.

“Saya akan ditidurkan ketika pembedahan. Dari segi persiapan fizikal, saya mengikut saranan doktor mengamalkan diet dan mengambil banyak vitamin,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Tulang Belakang Sudah Menghimpit Jantung” – Jalani Pembedahan November Ini, Zamani Akui Takut

ARTIKEL BERKAITAN:Konsert Terakhir Sebelum Pembedahan, Zamani Tak Raih Simpati

Sementara itu, pelantun lagu Pasti Ada Cahaya itu juga mengakui, kali terakhir dia melakukan pembedahan adalah sekitar 20 tahun lalu.

“Sebelum ini, saya hanya pernah melakukan pembedahan kecil iaitu membuang batu karang,” jelasnya.

Berkongsi mengenai kondisinya, Zamani berkata, selepas proses pembedahan berjalan lancar, doktor memaklumkan dia boleh pulih semula dalam tempoh dua hingga enam minggu bergantung kepada ketahanan tubuh.

“Mengikut penerangan doktor, saya boleh pulih dalam tempoh dua hingga enam minggu bergantung kepada daya ketahanan tubuh.

“Sepanjang tempoh ini, saya perlu mendapatkan rawatan susulan dan menjalani latihan fisioterapi.

“Bagaimanapun, saya akan pulih hingga boleh kembali aktif mungkin memakan masa sehingga tiga bulan bergantung pada kekuatan antibodi,” ujarnya.

Dalam pada itu, Zamani berharap dan memohon agar peminat dapat mendoakan proses pembedahan yang bakal berlangsung pada 7 November ini berjalan lancar dan dipermudahkan serta turut mendoakan kesejahteraannya.

 

ARTIKEL BERKAITAN:“Jangan Ingat Boleh Terlepas” – Isteri Zamani Bengang Wang Bayaran Konsert Lesap, Penganjur Tampil Buka Mulut

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Zamani Diusung Turun Pentas, Netizen Titip Doa – “Sedihnya Tengok Keadaan Dia…

 

 

Sumber: BH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 23 May 2018

BTS is the First KPOP Group to Make Their Comeback on Foreign Stage

They performed Fake Love at the Billboard Music Awards 2018 and they’re also the first KPOP group to perform there!

Featured Wed, 22 Mar 2023
Hiburan Wed, 3 Apr 2019

Ketepi Kerjaya Peguam, Sangeeta Tak Pernah Menyesal Jadi Pelakon

Pelakon utama Adiwiraku ini juga bakal berangkat ke New York untuk mengikuti kursus pendek tak lama lagi. Good luck Sangeeta!

Trending Fri, 23 Oct 2020

Masjid, Surau Di Zon Merah Di Pulau Pinang Masih Dibuka

Walaupun beberapa kawasan di Pulau Pinang, diisytiharkan zon merah, namun kerajaan negeri belum memutuskan untuk menutup masjid dan surau di kawasan yang berada dalam zon merah Covid-19 di negeri itu. Aktiviti keagamaan di masjid dan […]

Hiburan Sat, 12 Oct 2019

Takziah…Kamal Chilok Kembali Ke Rahmatullah

Innalillah wa inna ilaihi roji’un

Trending Thu, 29 Nov 2018

Bella Hadid Follow Neelofa Di Instagram, Wow!

Neelofa ajar Bella cara makan nasi lemak!

Fab Foodies! Fri, 30 Mar 2018

Malaysian Wins Silver Medal in International French Pastry Competition

We beat out countries like Canada and the United States of America! Oh you get to eat those award-winning desserts too.

Featured Wed, 12 Apr 2023