Gaya Hidup By: Ad Ops March 14, 2018 @ 11:11am

Sembelit Ketika Hamil Memang Tak Lawak! Ikuti 5 Tips Ini & Jangan Tangguh ‘Hajat’ Anda

Selain morning sickness, sembelit merupakan antara masalah biasa yang sering dihadapi oleh wanita sewaktu proses kehamilan. Sembelit atau konstipasi berlaku kepada wanita hamil akibat perubahan hormon di mana wanita hamil mempunyai hormon progestron yang banyak menyebabkan usus memproses makanan lebih perlahan dan sukar dihadam.

Rahim yang semakin membesar juga menyebabkan tekanan pada usus sehingga boleh menghalang laluan najis ke usus besar dan rektum. Bukan itu sahaja, pengambilan sesetengah pil zat besi juga boleh membuatkan sembelit menjadi lebih teruk.

Namun, perkara ini tidak dapat dielak kerana wanita hamil selalunya memerlukan zat besi yang tinggi untuk mendapatkan bacaan hemoglobin atau HB yang baik sepanjang kehamilan.

Buat wanita hamil di luar sana, baca tips di bawah untuk mencegah dan mengurangkan sembelit yang dialami.

1. Makan Makanan Berserat Tinggi

Ambil makanan tinggi serat seperti bijirin gandum, roti, beras perang, kacang, sayuran dan buah-buahan segar setiap hari. Anda juga boleh menambah beberapa sudu bran gandum yang belum diproses (boleh didapati di kedai-kedai makanan kesihatan) ke dalam bijirin anda pada waktu pagi bersama segelas air. Cara ini boleh membantu, walaupun ia mungkin mengambil masa beberapa hari sebelum anda dapat melihat perbezaan.  

2. Minum Banyak Air

Minum sekurang-kurangnya 8 ke 10 gelas air setiap hari. Segelas jus buah-buahan setiap hari, terutama jus prun juga boleh membantu.

3. Senaman

Bersenam secara teratur untuk merangsang pergerakan usus. Berjalan, berenang, menunggang basikal senaman dan yoga juga boleh membantu mengurangkan sembelit selain membuatkan anda berasa lebih cergas dan sihat.

4. Listen to your body

Usus paling aktif selepas makan. Justeru, cuba luangkan masa menggunakan tandas selepas waktu makan. Selain itu, listen to your body! Jangan sesekali menangguh ‘hajat’ anda untuk ke bilir air jika anda sudah terasa untuk membuang air besar.

5. Kawal ubat-ubatan

Suplemen pranatal yang mengandungi zat besi juga boleh menyebabkan sembelit. Jika anda tidak mempunyai anemia, tanya doktor atau jururawat anda tentang pilihan lain seperti menukar kepada makanan tambahan yang mempunyai kurang zat besi.

Selain itu, jangan ambil ubat-ubatan berbentuk julap yang boleh didapati di pasaran tanpa mendapat nasihat daripada doktor anda terlebih dahulu. Jika perubahan pada diet dan gaya hidup tidak membantu, mungkin doktor anda boleh memberi ubat yang selamat diambil semasa hamil untuk merawat sembelit.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Sun, 16 Dec 2018

‘Atuk Harimau’ Suka Jaga Badan, Hari-Hari Bersenam!

Tak sakit pinggang ke Atuk jalan begitu?

Gaya Hidup Sun, 2 Dec 2018

9 Petanda Anda Sedang Dipergunakan Oleh Pasangan Cinta Anda

Tak kiralah anda dah kahwin atau belum, anda tak patut dibuli!

Featured Mon, 20 Apr 2020

Bindi ulangi sejarah manis ibu, bertemu teman hidup di zoo

Sarung gaun berusia 55 tahun pada hari bahagia

Featured Wed, 17 Jul 2019

Kejutan filem Kingdom pasti membuatkan penonton terpaku!

Berdebar jantung dan tak kering gusi dibuatnya!

Gaya Hidup Thu, 14 Jun 2018

Hanya Guna Ais Sahaja Untuk Bakar Lemak. Cuba Dan Lihat Keberkesanannya!

Ya! Hanya guna ais sahaja mampu bunuh lemak-lemak degil pada badan anda!

Gaya Hidup Sat, 7 Apr 2018

Ini Cara Nak Buat Cucur Manis Yang Rangup Dan Lembut. Sedapnya!

Sebenarnya, tidak semua dalam kalangan kita pandai untuk membuat cucur yang lembut, kalau tersalah bancuh tentu cucur akan menjadi keras dan liat!

Acara Fri, 19 Jul 2019

Nak menang telefon? Jom sertai cabaran Dare To Leap

Realme anjur aktiviti esktrem sempena pelancaran slogan baharu

Featured Tue, 22 May 2018

3 Selebriti Wanita Ini Kongsi Tip Untuk Kekal Bertenaga Sepanjang Bulan Ramadan

Ikuti cara pemakanan selebriti ini untuk kekal bertenanga di bulan puasa.

Gaya Hidup Tue, 20 Nov 2018