Featured By: Fatin Nurain August 18, 2022 @ 6:11pm

Sengketa Syamsul Yusof & Finas Terlerai – “Kami Berkongsi Visi Yang Sama”

Akhirnya salah faham antara pengarah Syamsul Yusof dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), terlerai selepas dirinya membuat keputusan untuk berjumpa dengan Ketua Pegawai Eksekutif, Prof Dr Md Nasir Ibrahim, baru-baru ini.

Tujuan pertemuan itu diatur untuk merungkai isu berbangkit serta berbincang untuk menangani masalah cetak rompak yang pernah dikemukannya sebelum ini.

Menurut Syamsul, dia berpuas hati dengan segala inti pati dari hasil perbincangan bersama agensi kerajaan tersebut kerana mereka mempunyai visi yang sama.

“Saya mengaku sebelum ini cukup lantang menyuarakan dua isu, iaitu cetak rompak digital dan duti hiburan. Malah, baru-baru ini, dua isu terbabit saya bangkitkan dalam sebuah forum.

“Alhamdulillah, menerusi pertemuan dengan FINAS, banyak inti pati dibincangkan dan hasilnya sangat positif.

“Saya bersyukur apabila mendapat tahu FINAS ada banyak perancangan terutama dalam membantu penerbit filem yang berdepan isu cetak rompak.

“Kami berkongsi visi yang sama. Saya harap, usaha FINAS akan dibantu penggiat industri perfileman lain.

“Sebagai seorang ahli akademik, saya lihat CEO FINAS (Md Nasir) berpandangan jauh. Saya harap beliau tidak berseorangan dalam mencapai visi itu,” katanya kepada BH Online.

Sebelum ini, Syamsul menyatakan rasa kecewanya terhadap tindakan FINAS dalam menangani isu cetak rompak digital yang didakwa terus menekan penerbit filem selain duti hiburan yang membebankan.

Syamsul berterima kasih kepada FINAS kerana sudi duduk semeja bagi membincangkan isu cetak rompak digital yang selama ini membelenggu penerbit filem tempatan.

Syamsul turut berharap perkara itu dapat membuka mata kerajaan untuk membantu penerbit yang semakin tertekan dengan isu yang tiada kesudahan itu.

“Saya harap isu cetak rompak dapat dibawa kepada kerajaan agar undang-undang sedia ada menjadi lebih ketat. Jenayah cetak rompak digital berbeza dengan perlakuan sama dahulu.

“Saya juga berharap kerajaan dapat mengkaji semula kadar cukai hiburan 25 peratus yang dikenakan. Pulangan sudah kerajaan peroleh menerusi cukai syarikat dan individu.

“Jika dimansuhkan duti hiburan lagi bagus kerana jumlah yang dikenakan banyak dan amat membebankan pembikin filem,” katanya.

Sementara itu, Md Nasir turut menyangkal dakwaan FINAS tidak peduli terhadap isu yang dibangkitkan oleh pengarah terkenal itu dan menjelaskan bahawa perkara itu adalah diluar bidang kuasa mereka.

“Dalam hal cetak rompak digital, isu itu di luar bidang kuasa kami. Akta yang membabitkan isu hak cipta ada banyak dan membabitkan organisasi berbeza.

“Contohnya, Akta Hak Cipta 1987 terletak di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

“Ada juga akta berkaitan hak cipta yang di bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM),” katanya.

Malah, beliau juga turut menyatakan FINAS akan mengambil tindakan sekiranya ada pihak yang mengedar filem tanpa lesen sah dan turut lega apabila Syamsul mula faham dengan isu tersebut.

“Bagi duti hiburan pula, perkara itu tertakluk di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT). Alhamdulillah, Syamsul faham situasi itu selepas pencerahan dibuat,” katanya.

Biarpun bukan tugas hakiki, kini pihak FINAS sedia berganding bahu besama pihak bertanggungjawab untuk membanteras jenayah cetak rompak digital ini daripada terus berleluasa.

Beliau juga menyarankan setiap penerbit membuat aduan menerusi portal FINAS dan menggunakan kaedah blockchain seperti Non Fungible Token (NFT).

“Selain itu, FINAS menyarankan penerbit menggunakan kaedah blockchain, iaitu Non Fungible Token (NFT) sebagai satu cara untuk mengatasi masalah cetak rompak digital.

“Ketika ini, kaedah token digital ini masih dalam peringkat kajian daripada segi keberkesanannya. Bagaimanapun, saya lihat kaedah ini cukup berjaya, terutama di United Kingdom (UK),” katanya.

Memetik laporan Berita Harian, penerbit juga boleh mengambil tindakan di bawah Akta 322 Bahagian VIA Antirakaman Kamera yang diselia KPDNHEP untuk menangani masalah ini.

Mengikut perkara 43A, individu disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang RM10,000 dan tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-dua sekali.

Antara Akta lain yang berkaitan adalah Seksyen 41 Akta Hak Cipta 1987; Seksyen 232 (b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 239 Akta Komunikasi & Multimedia 1998.

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 29 Jan 2024

Individu Wanita Dituduh Pecah Amanah, Dakwa Pelakon Wanita Popular ‘Spin’ Banyak Cerita?

Panas! Agak-agak siapa pelakon wabita popular tu?🔥🔥🔥

Featured Thu, 4 Aug 2022

Noh Salleh Dan Mizz Nina Sah Bercerai?

Kenapa min yang sebak???

Hiburan Fri, 5 Jan 2018

Rahsia Kekal Langsing Dan Miliki Kulit Cantik

Ozlynn tetap langsing dan wajahnya tiada pernah ada masalah kulit.

Hiburan Fri, 27 Dec 2019

Penat Hidup Solo, Penyanyi Dangdut Ini Mohon Jodoh Tahun Depan

Semoga berjumpa lelaki yang tepat ya…

Trending Fri, 3 Aug 2018

Air Terjun Setinggi 108 Meter Dalam Gedung Pencakar Langit

Liebian International Building yang terletak di Guiyang, China bahagian Barat Daya mempunyai air terjun buatan yang paling tinggi 108 meter

Hiburan Wed, 6 Mar 2019

Altimet Angkat Kisah Rapper Dalam ‘Pendekar Pena’

Kata Altimet, Zizi merupakan pilhan yang paling ideal untuk kolaborasi ini.