Hiburan By: Del14 November 6, 2019 @ 4:01pm

Separuh Akhir 34 Muzik Muzik, Siapa Bakal Jadi Finalis?

Masa yang dinanti-nantikan akhirnya telah tiba, di mana 30 buah lagu bakal berentap di pentas Muzik-Muzik 34 Separuh Akhir (SFMM34). Persaingan 30 buah lagu bagi merebut 12 tempat di pentas Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) bakal bermula pada 15, 22 dan 29 November ini. Dihoskan oleh Sherry Al-Hadad dan Haziq Hussni, SFMM34 akan bersiaran secara langsung pada setiap hari Jumaat, pukul 9.00 malam di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Para peminat juga boleh menikmati persembahan SFMM34 di www.tonton.com.my.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Encik Johan Ishak, “Muzik atau lagu merupakan sesuatu yang universal dan sering membuat kita merasai pelbagai jenis perasaan yang sukar untuk dijelaskan. Kadangkala apabila mendengar sebuah lagu, ianya seakan-akan membuatkan kita berada di dalam sebuah cerita kerana lirik dan melodinya amat dekat dengan kita. Itulah keajaiban muzik. Dengan itu, kami ingin terus memberikan pengiktirafan kepada para pemuzik khususnya pencipta lagu dan penulis lirik yang sentiasa berdedikasi untuk menghasilkan karya-karya terbaik serta menjadi inspirasi kepada para peminat muzik.”

Group minggu kedua Separuh Akhir 34 Muzik-Muzik 2019 sedia untuk berentap!

30 buah lagu yang layak adalah hasil undian peminat sebanyak 40% dan penilaian juri profesional sebanyak 60% di carta Muzik-Muzik 34. Setiap minggu, sebuah lagu juga akan dipilih sebagai lagu terbaik namun ini tidak menjaminkan bahawa lagu-lagu tersebut akan terus mara ke Anugerah Juara Lagu (AJL). Kesemua lagu ini akan dinilai oleh 7 juri profesional yang akan menentukan siapa bakal bertanding di pentas AJL nanti.

Persembahan Muzik-Muzik 34 Separuh Akhir (Minggu pertama, 15 November 2019)

  1. Drama – Drama Band
  2. Ku Bersuara – Ernie Zakri
  3. Tiada Dirimu – Shila Amzah
  4. Mencuba – Sufian Suhaimi
  5. 123 – Khai Bahar
  6. Satukan Rasa – Siti Nordiana & Khai Bahar
  7. Terlalu Memuja – Wany Hasrita
  8. Hatiku Milikmu – Siti Nordiana
  9. Bidadari – Ismail Izzani
  10. Aku Yang Bersalah – Usop
  11. Kepuraanmu – Luqman Faiz

Persembahan Muzik-Muzik 34 Separuh Akhir (Minggu Kedua, 22 November 2019)

  1. Anta Permana – Dato’ Sri Siti Nurhaliza
  2. Rampas – Akim & The Majistret
  3. Pujaan Hati – Adira
  4. Sumpah – Naim Daniel
  5. Paku – Araa Johari
  6. Kisah Cinta Kita – Hafiz Suip
  7. Teguh Setia – Muna Syahirah
  8. Ragaman – Faizal Tahir
  9. Pedih – Sarah Suhairi
  10. Bekas Kekasih – Tomok
  11. Lembah Kesepian – Haqiem Rusli

Persembahan Muzik-Muzik 34 Separuh Akhir (Minggu Ketiga, 29 November 2018)

  1. Dinda – Kugiran Masdo
  2. Peneman – Hazama The Penglipurlara
  3. Bimbang – Marsha Milan
  4. Tetap Kamu – Amylea x Megat
  5. Pudar – Indah Ruhaila
  6. Sumpah – Aina Abdul 
  7. Bangun – Aman Ra
  8. Alyah – Jutaan Purnama

Pentas SFMM34 juga turut dimeriahkan oleh artis-artis ‘legend’ seperti Ramlah Ram, Nora, Datuk Hattan, Zamani & Kumpulan Shades. SFMM34 turut disokong oleh rakan radio iaitu Hot FM & Kool FM, serta rakan digital iaitu Ohbulan!.

Para peminat yang ingin hadir menyaksikan persembahan penyanyi kegemaran mereka, boleh mendapatkan tiket separuh akhir pada 13, 20 & 27 November seawal pukul 3.00 petang di kaunter pengawal Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral. Maksimum 2 tiket untuk seorang (tiket adalah terhad).

Group minggu ketiga Separuh Akhir 34 Muzik-Muzik 2019


Kepada para peminat yang ingin mengetahui maklumat lanjut, mereka boleh ikuti laman sosial Facebook, Twitter, Instagram TV3 iaitu @tv3malaysia & @senangterhibur untuk pelbagai info menarik mengenai SFMM34. Malah, para pengunjung juga boleh saksikan SFMM34 secara strim langsung di saluran Tonton.com.my. Jangan lupa untuk hashtag #SFMM34 bagi menghangatkan lagi SFMM34 di laman media sosial anda.

Sumber Foto: Instagram @tv3malaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Tue, 12 Mar 2019

Lazada live streams 7th Birthday concert featuring British popstar Dua Lipa and More!

The event will take place in Jakarta but everyone can watch the live stream through the Lazada app!

LIFESTYLE Sun, 12 May 2019

Find Out Your Personality by Building Your Ideal Home in this Quiz

This may help you decide on how to (re)decorate your home too.

Hiburan Wed, 13 Mar 2024
Featured Fri, 12 Nov 2021

Kadar Kebolehjangkitan Makin Meningkat, KKM Bimbang Jika…

Jangan tunggu pisang berbuah dua kali baru nak jaga SOP

Featured Thu, 29 Sep 2022
Hiburan Wed, 23 Mar 2022
Featured Mon, 20 Nov 2023
Featured Sat, 1 Oct 2022
Hiburan Tue, 12 Dec 2023