Trending By: Del14 August 20, 2019 @ 2:43pm

Setelah 80 tahun, Utusan Malaysia bakal ditutup

Gambar dari freemalaysiatoday.com

Baru-baru ini, seramai 100 orang pekerja Utusan Malaysia telah mengadakan demonstrasi tunjuk perasaan menuntut gaji yang tidak dibayar dari Jun hingga Ogos 2019. Utusan Malaysia yang dahulunya merupakan jentera UMNO yang menggunakan medium Utusan sebagai alat propaganda politik bakal ditutup selepas kewujudannya selama 80 tahun. Pihak Utusan Melayu (Malaysia) Berhad dikatakan gagal melupuskan aset-aset milik mereka kerana kebanyakan bangunannya tidak mempunyai Sijil Layak Menduduk (CF) selama beroperasi di bawah kerajaan pimpinan Barisan Nasional menurut Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Malaysia, Mohd Taufek Razak.

 

Kemelut yang melanda pekerja-pekerja Utusan Malaysia dan Kosmo! ini rata-rata meraih simpati dari pihak netizen dan selebriti seperti Fatimah Abu Bakar di laman instagramnya telah berkongsi maklumat tentang usaha yang dilakukan oleh Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) dari akhbar New Straits Times Press yang mengadakan kutipan derma berbentuk wang tunai dan barang-barang keperluan pada hari Jumaat ini, 23 Ogos 2019 dari pukul 10 pagi hingga 4 petang di Driveway Balai Berita, Jalan Riong, Bangsar. 

 

 Sebagai akhbar Melayu terawal di Tanah Melayu pada waktu itu, Utusan Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai Utusan Melayu dipelopori oleh saudara Yusof Ishak  yang kemudiannya menjadi Presiden Singapura yang pertama dan saudara Abdul Rahim Kajai yang dikenali sebagai bapa kepada kewartawanan Melayu. Dalam tahun 1990an, Utusan Malaysia terjual sebanyak 350,000 naskah sehari dan merupakan akhbar terlaris di Malaysia sehingga ia tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1994. Penutupan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad adalah seolah-olah sebahagian daripada sejarah Malaysia telah luput dan merupakan hari yang suram bagi Kesatuan Wartawan Kebangsaan. Yang paling sedih sekali ialah, pekerja-pekerja Utusan Malaysia bukan sahaja kehilangan pekerjaan tetapi mereka juga tidak mungkin mendapat gaji-gaji yang terhutang kepada mereka memandangkan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad tidak mempunyai kedudukan kewangan untuk melangsaikan segala hutang-hutang mereka. 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 25 Feb 2022

Datuk K Dedah Perangai Asyraf Khalid Berubah 360 Darjah

Hmm, apakah perubahan yang dimaksudkan suami penyanyi tersohor Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza ni? Dedah Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K, beliau mula menyedari perubahan anaknya, Asyraf Khalid disebabkan seorang lelaki bergelar Mentor […]

Hiburan Mon, 23 May 2022
Hiburan Wed, 2 Aug 2023

Yuna Bakal Buat Konsert 22 Oktober Ini, Peminat Luah Rasa Teruja

Fuhhhhh, tak sabarnya min nak tunggu konsert Yuna! Confirm gempak nii 🥳🥳

Trending Mon, 15 Jun 2020
Featured Sun, 25 Jun 2023
Trending Wed, 25 Nov 2020

Bantuan RM1,000 Untuk Golongan Asnaf Terjejas Covid-19

Semoga bantuan ini dapat meringankan beban mereka

Featured Mon, 27 Apr 2020

Pertama kali berpuasa penuh, ratu terjun negara, Pandelela tabik pada orang Islam

Kagum dengan ketabahan rakan atlet Muslim beragama Islam